(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Thursday, 20 February 2014

Rumah kembar dan sampah.

Picture source

Geram.

Kenapa?

Sampah kat luar bertimbun tak dikutip.

Kenapa?

Company baru yang sepatutnya kutip sampah tu tak ambil sampah.

Yang peliknya, rumah lain dia ambil.

Termasuklah rumah kembar sebelah aku ni.

Masalahnya bukan sekali.

Dah setengah bulan.

Mungkin ulat dah seronok berpesta di dalam.

Mungkin juga aroma yang hebat dari tong itu mampu membantu dalam membantutkan selera makan.

Tak sanggup nak tengok.

Tak sanggup nak hidu.

Mula-mula adu kat ketua kampung, dia tolong cakap kat company tu.

Pun tak ada perubahan.

Call sendiri company tu adukan hal ini, katanya akan selesaikan hal ni.

Tapi juga masih tiada perubahan.

Aneh.

Sungguh aneh.

Mungkin dia ingat rumah kembar tu guna satu tong sampah saja kot.

Mungkin.

Tapi secara logiknya, rumah kembar bermaksud dua rumah yang berbeza.

Dua penghuni yang berbeza.

Ia juga bermaksud dua keperluan yang berbeza.

Dua gaya hidup berbeza.

Dan kedua-duanya menghasilkan stok sampah yang berbeza.

Yang dibuang dalam dua tong sampah yang berlainan.

Tapi hanya satu yang dikutip.

Kenapa?

Sedangkan menerima dua bayaran yang berbeza.

Tak faham sungguh keadaan ni.

Nak kata tong tersorok, tak pulak...

Tepi jalan je kot kami letak, mudah dilihat.

Dan tadi, siap sengaja letak sampah atas penutup lagi nak bagi mereka nampak.

Dan still tak ambil.

Tak tahu nak kata apa lagi.

Aihhh....

Saja meluahkan rasa geram saja di sini.

Okay la. 

Jumpa lagi di entri lain.


Update: Settle dah masalah ni. Petang tadi call balik company tu, kasi complaint kaw2 punya. Then diorang pun dah datang ambil semua sampah sekaligus. Alhamdulillah. Tengok pulak lepas ni macam mana keadaannya.


No comments: