(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Thursday, 27 February 2014

KAWAN?


#Entri kali ini sekadar luahan hati Cik TK yang dah lama terpendam... dan dah lama berhabuk dalam draft, nak buang tak sampai hati. 


Assalamualaikum dan salam sejahtera…


Rasanya ayat “Kawan ketawa berlambak, kawan menangis susah nak cari” mesti korang semua dah biasa dengar kan? Sampai sekarang Cik TK masih tak faham… Kenapa waktu kita senang, waktu kita gembira, mereka setia bersama kita. Gelak ketawa sama-sama. Tapi bila kita ada masalah, kita di‘campak’ macam itu saja.

Cik TK pernah rasa sendiri keadaan ini. Cik TK diperlakukan sebegitu oleh kawan rapat Cik TK sendiri. Cik TK pun tak faham kenapa dia tergamak buat macam tu pada Cik TK. Ketika dia susah, Cik TK ni lah tempat dia mengadu, Cik TK dengar segala luahan hati dia, Cik TK dengar segala masalah dia. Tapi kenapa di saat Cik TK perlukan dia, dia abaikan Cik TK macam itu saja. 

Bukan itu saja, malah dia dah buat sesuatu yang membuatkan Cik TK hilang kepercayaan pada dia.  Cik TK pun tak faham kenapa manusia sebegini wujud. Walaupun macam-macam dah terjadi antara kami, walau sakit hati ini rasanya, sebagai seorang kawan Cik TK cuma harap dia akan menyedari kesilapan dia dan tak melakukan hal yang sama pada orang lain. 


Ok la. Cik TK tak nak cerita banyak-banyak. Buat sakit hati je kalau nak ingat balik. Dan harap tak akan jumpa lagi orang yang macam ni...

p/s: Harap semua yang alami masalah sebegini harap bersabar dan bertabah



No comments: