(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Saturday, 21 December 2013

Pengalaman jadi "Pemandu Pelancong"?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Fuh... Lama tak update blog ni... Eh, rasa macam setiap kali mukadimah Cik TK ni mesti mention pasal ni kan? Bukan tak mahu update, tak sempat nak update. Ni pun kebetulan ada masa kat LCCT ni sebab tengah tunggu orang... 

Kebelakangan ni ada saudara Cik TK datang dari oversea. Maka busy merayau sekitar KL, Petaling Jaya, Kajang dan sebagainya bawa diorang jalan-jalan. Memang penat, tapi seronok.

KLCC/ Menara Kembar Petronas (Pandangan jauh): Salah satu lokasi wajib nak bawa para pelancong ni... 

Ini kali pertama jadi driver merangkap pemandu pelancong untuk saudara-mara Cik TK sekalian. Terpaksa, sebab ayah kerja dan tak dapat bawa mereka keluar. Memang satu pengalaman baru untuk Cik TK. Seronok, tapi rasa agak malu pun ada juga. Punyalah lama tinggal kat sini, banyak benda Cik TK tak dapat jawab bila diorang tanya macam-macam. Teruk kan? Lagi Cik TK ni agak pendiam, kekadang rasa kekok dengan mereka yang dah lama tak jumpa.

Selain tu, banyak kali salah jalan, sebab tak berapa biasa sangat dengan jalan kat KL. Mana taknya, jarang keluar. Kalau keluar pun biasa naik bas ngan tren je, tak perhati jalan sangat. Dan sangat jarang drive sendiri. Sebab tu asyik sesat bila drive. GPS pun kekadang tak lei nak harap sangat.

Tambah pulak sebelum ni 4 tahun tinggal kat Kelantan. Dalam tempoh masa tu banyak perubahan kat KL ni tau. Tiap kali balik cuti sem dulu pun ayah Cik TK mesti kata jalan ni tutup la, nak ke tempat tu sekarang dah kena ikut jalan lain la.... dll. Eh baru teringat! Kat Kelantan dulu pun selalu sesat gak... sampai kengkawan pun tension ngan Cik TK ni. Aihhhhh~  *sigh* Agaknya kalau ada pertandingan 'Ratu Sesat', mungkin Cik TK ni boleh jadi juara.

Eh, okay la. Sampai sini je dulu. Nak gerak balik dah. Jumpa lagi entri akan datang. Bye!

p/s: Awal Januari 2014 nanti ada saudara lain nak datang pulak. Sekali lagi Cik TK ni dengan rasminya dilantik jadi driver dan tour guide untuk kali kedua. Habislah~  *fikir apa pulak akan jadi lain kali*

No comments: