(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Thursday, 26 September 2013

RESEPI: NASI AYAM



Bahan-bahan:
600g beras
3 sudu makan minyak
3 cm kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang merah – dikisar
1 ulas bawang putih – dikisar
1 cm halia – dikisar
0.5 cm kunyit – dikisar
1.3 liter air rebusan ayam (atau campuran air dan 1 kiub ayam)
1 helai daun pandan – dipotong pendek
setengah sudu kecil garam


Cara-cara:

(Cik TK masak guna periuk nasi) 
  1. Tumis bahan rempah (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih) bersama bahan yang dikisar. 
  2. Kemudian masukkan air rebusan ayam, daun pandan dan garam. 
  3. Apabila mendidih masukkan beras. 
  4. Setelah nasi masak, hidang dengan ayam, sup, salad, sambal dan sebagainya.