(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Monday, 23 September 2013

RESEPI: AYAM MASAM MANIS



Bahan A:
3 biji bawang merah – hiris halus
2 ulas bawang putih – hiris halus
1 inci halia – hiris halus

Bahan B:
2 biji cili merah / hijau – hiris serong (Cik TK tambah sedikit lada benggala)
500g isi ayam

Bahan C (digaul sekali):
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu teh gula
½ cawan air
Sedikit sos tiram

Bahan lain:
Garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menumis
Hirisan daun bawang - hiasan

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan A sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan B.
  3. Setelah ayam kelihatan masak, masukkan bahan C dan garam secukupnya. (Penggunaan api tidak terlalu besar untuk memastikan ayam betul-betul masak)
  4. Sedia dihidang. Boleh menaburkan hirisan daun bawang sebagai hiasan.