(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Wednesday, 12 June 2013

VIVA AND ANOTHER THREE TO GO!

Assamualaikum dan salam sejahtera.

Lama betul TK tak update blog ni. Mesti ada yang ternanti-nanti update dari TK kan? Perasan sungguh, macam ada yang baca kan? Semester ni sungguh HECTIC sekali, sungguh sibuk dan penuh dengan drama. Kalau ada masa nanti TK update pasal “drama” yang terjadi semester ni.


Alhamdulillah hari tu (3/6) VIVA (thesis presentation) berjalan lancar. Itulah kali pertama VIVA diadakan dalam bentuk majlis kolokium sebegini di Universiti Malaysia Kelantan ni. Haha! Mula-mula rasa seram sejuk juga, sebab bayangkan akan ada ramai lecturer dan para pelajar datang. Rupanya cuma budak-budak kelas je beserta lecturer-lecturer yang datang evaluate kami, ada juga la junior-junior datang tengok kami.

Dan waktu TK present, seronok sikit. First presenter untuk sesi petang (jadual tergendala, sepatutnya present pagi) dan waktu tu cuma ada TK punya evaluator dan 7 orang budak kelas je sebagai penonton. Kurang sikit nervous. Hehe~  dan masa tu ada dua orang rakan seperjuangan TK (kami di bawah supervisor yang sama) dan dia yang memberi dorongan sewaktu menunggu giliran untuk present sejak pagi tu.

Tentatif kolokium

Bertempat di BK5, separuh dari ahli kelas present di sana. Ramai junior datang tengok...

Bertempat di BK4, TK sedang menerangkan hasil kajian

Salah seorang lecturer sedang evaluate student (Pada masa ini sedang evaluate TK)

Siap ada Anugerah Pembentang Terbaik. Sah-sah la penerimanya bukan TK.

Jamuan pun ada sekali kepada semua pensyarah terlibat dan para pembentang

Rahmat selepas sesi VIVA. Hujan dan pelangi. Cantik!

Haha! Banyak cerita pasal VIVA pula. Lari dari tajuk tu! Untuk pengetahuan korang, study week TK kali ni bukannya study week. Sebab tak sempat study pun! Dalam jangkamasa seminggu tempoh study week tu, TK sibuk dengan VIVA, assignment-assingment dan juga term paper. Yang term paper ni paling tak boleh blah la. Tempoh satu semester diberi untuk disiapkan, tapi kami satu kumpulan (bukan kami je, satu kelas macam tu) mula buat sebaik sahaja tamat sesi VIVA dan perlu dihantar sehari sebelum mula final exam. Alhamdulillah, lebih 70 muka surat juga jadinya walaupun buat last minute. Malam nak final (8/6) tu kami hantar, dan lepas tu kelam kabut baru nak mula study sebab esoknya first exam paper.

Kenangan assignment terakhir...


9/6- First paper. Subjek Perubahan Iklim. Reaksi kami semua à DEM! Kenapa? Baru buka kertas soalan, terus kami tergamam tengok perkataan ENSO (Entri lalu).

11/6-Paper kedua. Ekonomi alam sekitar. Alhamdulillah, berjalan lancar.

Lepas ni, ada lagi 3 paper. Management, Mandarin dan SME. Mood study belum datang lagi. Hmmm…


p/s: Semester ni balik lambat~ Orang lain balik 21/6, kami yang ambil subjek SME terpaksa balik lepas 25/6… dan mungkin lebih lambat atas urusan tertentu yang perlu dilakukan. huhu~

No comments: