(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Monday, 8 April 2013

Cuti dan karakter cina...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar semua? Mesti best kan korang semua (budak-budak U) bercuti... dikala ramai pelajar sedang berseronok di kampung halaman masing-masing, TK masih berada di kampus yang jaraknya kira-kira 500 km dari rumah...

Ramai tanya kenapa TK tak balik, maklumlah sebab ini kali pertama tak balik waktu midsem break.  Sebab sayang sangat tempat ni ke? Sebab boyfriend pun tak balik ke? Eh, tetiba je... Boyfriend pun TK belum ada lagi. Hehe~ Sebabnya mudah je, lepas cuti ni je TK diserang oleh exam, assignment yang perlu dihantar, dan waktu cuti ni TK kena pastikan yang segala kerja makmal FYP siap. Sebab supervisor TK nak tengok perkembangan tesis.

Bosan juga ni... sebab TK pun tinggal sorang2 je kat bilik ni. Sekarang ni tengah habiskan masa berlatih karakter cina. Tulisan cina tu...! Korang boleh? Hehe~ Hmm... Tetiba je TK rajin? Tak adalah, cuma tak mahu jadi macam minggu lepas, tak ingat karakter apa yang laoshi (cikgu) tunjuk kat depan...

Okay la... sampai sini je entri kali ni. Selamat bercuti kepada semua yang sedang bercuti tu ye... Kbai!!!

Thursday, 4 April 2013

Mobile Testing...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

*tiup...tiup...*

Fuh... bersawang sungguh! Lama tak ziarah blog sendiri ni. Agak sibuk kebelakangan ni. Juga sebab beberapa faktor lain yang tak dapat dielakkan.

Ni pun TK update daripada handphone, baru je install aplikasi blogger tadi... dan curi-curi online dalam kelas. Hehe~ Seriously, kelas management ni bosan.

Pakai apps ni bagus juga, sebab senang nak update kat mana-mana pun, yang penting ada line internet. Tapi TK perasan ada juga sedikit kekurangan. Contohnya alignment tak boleh nak adjust, gambar tak boleh nak susun sesuka hati... dan TK belum habis explore lagi. Tak boleh nak komen panjang-panjang la kat sini.

Tapi ada juga kelebihannya. Boleh update secara offline! Maksud TK taip apa yang patut dan simpan dalam draft. Dapat je internet terus publish. Itu bagus juga. Waktu tiba-tiba dapat idea nak update boleh taip terus dan simpan. Hehe~

Okay la. Setakat itu sahaja lah update kali ini. Lain kali TK update lagi ye... hehe~  Kbai!!!
P/s: sekadar hiasan... pemandangan di luar tingkap bilik TK... 'meriah' dengan pokok getah, pemandangan orang menoreh getah dan tupai melompat-lompat.