(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Saturday, 5 January 2013

LAGI-LAGI HUJAN!

Hujan… dan hujan… dan hujan lagi…


Sebelum ni TK asyik dengar orang-orang sekeliling TK ni sibuk sangat merungut pasal panas… tak tahan la kata mereka… panas, rasa macam nak ‘cair’ la (ais ke apa ni nak cair-cair pula)… yang jenis puteri lilin dan yang jaga kulit pula akan kata, “nanti kulit gelap, kena pakai sunblock ni”… Ada yang sibuk berpayung pula, nak lindungi diri dari panas…

Huhu~ Tau tak? Kalau tak ada panas matahari tu, tak kering baju korang tu tau!

Dah tu, sekarang ni pula dah masuk musim hujan. Dengar la pula orang sibuk merungut pasal hujan la pula… Kononnya basah (memang la basah pun. Kan air yang turun tu…), susah nak keluar la (apa susah, payung kan ada)… Baju yang dibasuh tu tak kering la (time panas sidai baju sampai kering pun merungut juga) dan macam-macam lagi la yang TK dengar.

TK ni pulak, bukan mahu ikut merungut, cuma tidak suka mendengar orang merungut macam-macam soal ini… 


Panas atau hujan, kedua-duanya adalah rahmat… tak sepatutnya kita sebagai hambaNya merungut dengan ketetapan Ilahi. Kita sepatutnya bersyukur dengan rahmatNya…


Lagipun, waktu cuaca panas ni la semua baju-baju kotor yang dah lama “menggunung” tu boleh dibasuh (TK tak suka basuh baju waktu hujan, mana nak sidai kat luar tu). Time hujan pulak, lagi-lagi kalau pagi… sedap kalau sambung tidur… hehe~ (Anak dara apa ni?)

p/s: TK sangat suka tengok pemandangan waktu hujan. Pada TK, ia menenangkan. Bunyi hujan pada waktu malam pula membantu TK untuk tidur lebih lena… (sampai waktu pagi pun susah nak bangun…) 



p/s#2: Kampus Kota banjir lagi hari tu. Lebih dahsyat berbanding tahun lepas! Nasib baik TK dah pindah duduk di kampus lain. Tapi teringat juga kenangan dulu-dulu, meredah banjir untuk ke kelas, main air banjir dan sebagainya!

Ini gambar banjir hari tu (Disember 2012). Siap ada yang berkayak! Haha!

Kenangan banjir Disember 2011. Rindu kenangan redah banjir pergi kelas!


No comments: