(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Friday, 26 October 2012

AIDILADHA?


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Okay, lembu ni pandai pulak melarikan diri dari disembelih...
Hari ini semua umat Islam serata dunia menyambut Hari Raya Qurban… Sudah pasti kebanyakan pembaca di luar sana menyambutnya dengan meriah, bersama keluarga tercinta. TK pula? Menghabiskan masa berkualiti di hari raya ini bersama kawan-kawan di asrama, jauh di sebuah IPTA di Kelantan.

Kali pertama seumur hidup TK beraya jauh dari ibubapa dan adik-adik tercinta… Hmm, ramai juga kawan-kawan TK yang terkejut sebab TK tak balik. Kenapa TK tak balik? Apa boleh buat… Kalau balik pun, kena balik ke Kelantan hanya untuk kelas selama 3 hari (Isnin-Rabu) dan kemudian cuti semula selama 2 minggu. Rasa macam rugi hampir RM100 je untuk tiket bas kalau balik. Hehe~

Walaupun ramai yang tak pulang menyambut raya di rumah, sambutan oleh pihak universiti bolah tahan juga. Solat sunat raya, pelbagai aktiviti dan pengisian turut diadakan. Malah esok (27/11) juga 2 ekor lembu akan dikorbankan dan jamuan akan diadakan.

Tapi bukan semua aktiviti yang TK join. Jadi, apa je yang TK buat hari ni?

Hari ni, TK main ‘pondok-pondok’ bersama kawan, dan TK habiskan masa hari ni depan lappy menguji pelbagai perisian skemanya! Biasa orang lain kata software je yang baru saja di download ketika bosan. Kalau TK rajin, TK akan buat entri mengenai perisian-perisian tu. KALAU RAJIN LA EK… hehe~

Okay lah. TK nak sambung uji perisian. Baibai! Selamat Hari Raya AidilAdha!  

p/s: Berikut adalah senarai-senarai software yang TK cuba hari ni... 

Cyberlink PowerDirector 10
Sony Vegas Pro 11
Stardock
VideoPad Video Editor
PDF Xchange Viewer
MiniLyric

2 comments:

elyna mirsada said...

aduss lembu ats bumbung?hehe

Aimi Syahirah said...

Hi dear! Wah best blog ni! ^^ Jom singgah saya pula.. http://www.aimisyahirah.com/2012/11/me-as-gypsy-girl-in-urban-street.html