(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Thursday, 16 August 2012

SAHUR OH SAHUR...

Assalamualaikum dan salam sejahtera… 



Sahur… sahur… sahur… Asal waktu sahur je, rasa macam berat je mata ni nak buka. Sebab kalau waktu hari hari biasa, waktu ni lah masa paling sedap tidur kan..? Masa inilah masa yang paling seronok untuk berada di alam mimpi yang indah... 

Hampir sebulan dah berpuasa, tapi perangai masih sama. Setiap kali penggera jam berbunyi, tangan akan tekan snooze secara automatik... Lepas 5 minit bunyi lagi, snooze lagi, dan begitulah seterusnya.. Sampailah mak datang tolong kejut. Aish…! Anak dara apa ni TK??? Bangun pun mak yang kejut… Belum boleh kahwin ni… Eh, ada kaitan ke? 

Dengan mata yang celik separuh, mamai terus ke sinki basuh muka. Dan masih dalam keadaan mamai tu bantu mak siapkan hidangan untuk sahur. Panaskan lauk berbuka semalam la biasanya… Kalau semalam berbuka lauk gulai ayam, sahur pun gulai ayam lagilah. Kalau lauk semalam habis, goreng telur ngan ayam goreng segera je lah. 

Nak masak yang sedap-sedap pun tak guna juga kalau waktu sahur ni… Walau kadang-kadang tu teringin juga nak makan yang meriah sikit, macam tomyam ayam ke, jus jambu batu plus asam boi ke, aiskrim coklat bagai sebagai dessert-nya, masalahnya tukang masaknya waktu pagi-pagi buta ni masih mamai dan tiada mood nak masak (TK dan mak TK je tukang masaknya ni… haha!). 

Lagipun sahur itu sebenarnya bukannya bertujuan untuk beri kita kekenyangan dan memberi tenaga sepanjang hari semata-mata. Yang penting adalah berkat daripada sahur itu sendiri… 


p/s: 
Pernah sekali tu, sebab TK mamai dan masih terlalu mengantuk TK tercedera waktu membuka tin susu pekat. Oh, ‘sedap’ dan ‘nikmat’ rasanya…


No comments: