(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Friday, 10 August 2012

KECIL ATAU BESAR. APA MASALAHNYA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Aish… Masalah kecil dan besar? Apa ni? Masalah saiz badan ke? Eh, bukanlah… Bukan itu tujuan TK tulis entri kali ini. Kali ini, TK nak membebel luahan perasaan sebenarnya sikit pasal masalah memandu kereta kecil dan kereta besar yang TK alami selama ini.

Kisahnya:

Dulu waktu belajar memandu, TK cuma pernah bawa kereta Kancil dan Viva (waktu ujian JPJ sahaja). Selepas dapat lesen P pula, TK memandu hanya apabila terpaksa. Contohnya bila keluar dengan kawan-kawan, tetiba je tiada sesiapa nak memandu. Maka waktu itu la baru TK tunjukkan skill yang tidak seberapa dan sungguh kelam kabut sebab nervous sangat. Mungkin cuma empat atau lima kali je dalam masa setahun. Dan itupun pakai kereta Kancil sahaja.
Korang boleh tengok kan, TK cuma pernah bawa kereta bersaiz kecil je kan? Oke, pernah beberapa kali TK bawa kereta yang bersaiz agak besar dan panjang (kereta ayah TK). Tapi macam-macam jadi. Termati enjin time nak masuk simpang la, termati enjin time U-turn la, dan macam-macam lagi. Akibatnya, mak ayah TK tidak benarkan TK bawa kereta yang bersaiz besar dan panjang.
Alkisahnya sewaktu menjalani Latihan Industri (LI/praktikal), kami harus memandu setiap kali nak ke tempat LI kami. Nasib baik tuan rumah ada kereta lebih. Dan manusia terpilih untuk menjadi drivernya adalah TK dan seorang lagi gadis comel. Nasib baik juga la kereta bersaiz kecil. So, tiada masalah la. Selalu je TK bawa. Boleh practice sekali, mahirkan diri dalam skill pemanduan.
Then, suatu hari TK disuruh pandu satu lagi kereta milik tuan rumah yang bersaiz besar… dan panjang. Exora. Dan TK tolak. Mengatakan TK tak biasa dan mak ayah pun tak benarkan. Agak takut juga. Lagi-lagi bila pernah tengok kawan TK bawa kereta tu terlanggar divider masa nak masuk simpang. Buat TK lagi tak yakin. Nanti jahanam pula kereta orang. Dan mereka tak faham. Ada yang fikir TK tak mahu tolong. Malah ada yang ejek TK depan kawan lain, “Huh, TK tu bawak kete kecik je… tak maen yang besar2 ni…”

Bukannya TK tak mahu. TK nak juga belajar bawa kereta yang bersaiz agak besar dan panjang. Apa perasaan korang kalau berlaku situasi macam kat atas ni pada korang?

3 comments:

dayah SnoW Heuka said...

ckp la ngn dia.. err ada aku kisah? kau ta kisah psl aq pon hek3.. tak la.. cecite la kan... cakap la.. naty xcident naya jek keta org.. huhu.. kite niyh haa bile na dapat lesen bz jek manjang hahha :p

p/s:: y penting yakin diri ea!! :D

Fieza Ghulam said...

ala xkesah la bwk kete kecik ke besa..yg pntg blh smpai destinasi kan TK kan?at least TK brani jgk.xmcm fiza ni penakut..harap je ade lesen tp takut.haha..biarkn je org nk ckp ape TK :D

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

sama lah ngan hana.. hana pun cm tu gak dulu ;) well hana da follow blog awk ;) dr segmen folo tu.. hana 396 taw ;)