(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Monday, 27 August 2012

HURM... KANAN KE KIRI EK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ermm... Baru hari ke-9 Syawal, masih belum terlambat lagi kan untuk TK ucapkan "Selamat Hari Raya, maaf zahir batin" kepada semua yang membaca blog TK ni... Hehe~ bajet macam ramai pulak yang baca...

Sepanjang waktu cuti lepas praktikal hari tu, sementara tunggu nak mula sem baru bulan 9 ni, ni bekerja sambilan... Sambilan la sangat... Macam full time je... Jadi report praktikal entah apa jadi ntah... Tak sentuh langsung... Ni baru je nak mula buat la ni, tapi digoda internet la pula... habis la TK! Sempat tak siap ni? Kepada semua, sila jangan tiru sifat TK yang suka buat kerja last minit ni ek!

Tadi waktu konon-kononnya gigih nak menaip untuk report praktikal ni kan, TK terjumpa kuiz ni kat internet... Aik? macam mana boleh sampai ke kuiz pula ni? Itu lah bahana godaan internet semasa buat report! Nak cari benda lain, jumpa pula benda lain... Nak buka google, terbuka facebook la, blog la, tumblr la... Macam-macam!


Korang tahu tak pasal penggunaan dominan otak kanan dan kiri manusia? Tahu tak korang ni lebih guna otak kanan ke otak kiri? Okey, kalau korang nak tahu jom cuba kuiz ni... Memang tak boleh nak percaya 100% la resultnya nanti... Tapi tak salah kalau nak cuba kan?


Fuh~ Bukan main gigih lagi TK jawab... Eh? Banyak pula masa nak jawab kuiz? Tadi kata takut tak sempat siap buat report? Keputusannya?


Otak kanan lebih mendominasi... Bila baca keterangannya yang panjang lebar tu, ada rasa juga la sebahagiannya itu kena dengan diri TK ni... Sebahagian je la ek!   ^^

Okey, Selamat mencuba!

3 comments:

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

hahaa.. nak try la. cam menarik je ;)

Anonymous said...

That's really interesting. Thanks for posting all the great information! Had never thought of it all that way before.

Anonymous said...

I always appreciate a great article or piece of writing. Thanks for the contribution.