(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Monday, 27 August 2012

HURM... KANAN KE KIRI EK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ermm... Baru hari ke-9 Syawal, masih belum terlambat lagi kan untuk TK ucapkan "Selamat Hari Raya, maaf zahir batin" kepada semua yang membaca blog TK ni... Hehe~ bajet macam ramai pulak yang baca...

Sepanjang waktu cuti lepas praktikal hari tu, sementara tunggu nak mula sem baru bulan 9 ni, ni bekerja sambilan... Sambilan la sangat... Macam full time je... Jadi report praktikal entah apa jadi ntah... Tak sentuh langsung... Ni baru je nak mula buat la ni, tapi digoda internet la pula... habis la TK! Sempat tak siap ni? Kepada semua, sila jangan tiru sifat TK yang suka buat kerja last minit ni ek!

Tadi waktu konon-kononnya gigih nak menaip untuk report praktikal ni kan, TK terjumpa kuiz ni kat internet... Aik? macam mana boleh sampai ke kuiz pula ni? Itu lah bahana godaan internet semasa buat report! Nak cari benda lain, jumpa pula benda lain... Nak buka google, terbuka facebook la, blog la, tumblr la... Macam-macam!


Korang tahu tak pasal penggunaan dominan otak kanan dan kiri manusia? Tahu tak korang ni lebih guna otak kanan ke otak kiri? Okey, kalau korang nak tahu jom cuba kuiz ni... Memang tak boleh nak percaya 100% la resultnya nanti... Tapi tak salah kalau nak cuba kan?


Fuh~ Bukan main gigih lagi TK jawab... Eh? Banyak pula masa nak jawab kuiz? Tadi kata takut tak sempat siap buat report? Keputusannya?


Otak kanan lebih mendominasi... Bila baca keterangannya yang panjang lebar tu, ada rasa juga la sebahagiannya itu kena dengan diri TK ni... Sebahagian je la ek!   ^^

Okey, Selamat mencuba!

Saturday, 25 August 2012


Macam mana nak tahu orang di keling sekeliling anda tak menyukai anda ? lepas ni, korang boleh la usha-usha sesiapa yang ada gaya atau tingkah laku kawan-kawan anda atau sesiapa la yang ada persamaan dalam list kt bawah ni :

1. Mereka tak akan makan makanan anda.

2. Mereka akan berdiam diri dan mengelakkan diri beliau daripada berborak dengan anda.

3. Mereka akan layan anda dengan baik secara tetiba, sebab apa ? sebab mereka  tu baru je mengumpat pasal anda.

4. Mereka langsung tak menjawab persoalan anda.

5. Mereka banyak keluar atau berdiam diri dalam bilik bagi mengelak jumpa anda.

6. Mereka akan bagi kerja yang susah gila dekat anda.

7. Selalulah masuk ke PESBUK mereka, kerana kt sana mesti akan ada kata-kata perli tentang anda.

8. Apabila anda berada dalam satu GROUP (kira dalam berkumpulan), salah seorang sahaja yang layan anda. itu pun sebab kesian kat anda.

Thursday, 16 August 2012

SAHUR OH SAHUR...

Assalamualaikum dan salam sejahtera… 



Sahur… sahur… sahur… Asal waktu sahur je, rasa macam berat je mata ni nak buka. Sebab kalau waktu hari hari biasa, waktu ni lah masa paling sedap tidur kan..? Masa inilah masa yang paling seronok untuk berada di alam mimpi yang indah... 

Hampir sebulan dah berpuasa, tapi perangai masih sama. Setiap kali penggera jam berbunyi, tangan akan tekan snooze secara automatik... Lepas 5 minit bunyi lagi, snooze lagi, dan begitulah seterusnya.. Sampailah mak datang tolong kejut. Aish…! Anak dara apa ni TK??? Bangun pun mak yang kejut… Belum boleh kahwin ni… Eh, ada kaitan ke? 

Dengan mata yang celik separuh, mamai terus ke sinki basuh muka. Dan masih dalam keadaan mamai tu bantu mak siapkan hidangan untuk sahur. Panaskan lauk berbuka semalam la biasanya… Kalau semalam berbuka lauk gulai ayam, sahur pun gulai ayam lagilah. Kalau lauk semalam habis, goreng telur ngan ayam goreng segera je lah. 

Nak masak yang sedap-sedap pun tak guna juga kalau waktu sahur ni… Walau kadang-kadang tu teringin juga nak makan yang meriah sikit, macam tomyam ayam ke, jus jambu batu plus asam boi ke, aiskrim coklat bagai sebagai dessert-nya, masalahnya tukang masaknya waktu pagi-pagi buta ni masih mamai dan tiada mood nak masak (TK dan mak TK je tukang masaknya ni… haha!). 

Lagipun sahur itu sebenarnya bukannya bertujuan untuk beri kita kekenyangan dan memberi tenaga sepanjang hari semata-mata. Yang penting adalah berkat daripada sahur itu sendiri… 


p/s: 
Pernah sekali tu, sebab TK mamai dan masih terlalu mengantuk TK tercedera waktu membuka tin susu pekat. Oh, ‘sedap’ dan ‘nikmat’ rasanya…


WORDLESS WEDNESDAY: KUCING DAN EMOTICON?

Friday, 10 August 2012

KECIL ATAU BESAR. APA MASALAHNYA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Aish… Masalah kecil dan besar? Apa ni? Masalah saiz badan ke? Eh, bukanlah… Bukan itu tujuan TK tulis entri kali ini. Kali ini, TK nak membebel luahan perasaan sebenarnya sikit pasal masalah memandu kereta kecil dan kereta besar yang TK alami selama ini.

Kisahnya:

Dulu waktu belajar memandu, TK cuma pernah bawa kereta Kancil dan Viva (waktu ujian JPJ sahaja). Selepas dapat lesen P pula, TK memandu hanya apabila terpaksa. Contohnya bila keluar dengan kawan-kawan, tetiba je tiada sesiapa nak memandu. Maka waktu itu la baru TK tunjukkan skill yang tidak seberapa dan sungguh kelam kabut sebab nervous sangat. Mungkin cuma empat atau lima kali je dalam masa setahun. Dan itupun pakai kereta Kancil sahaja.
Korang boleh tengok kan, TK cuma pernah bawa kereta bersaiz kecil je kan? Oke, pernah beberapa kali TK bawa kereta yang bersaiz agak besar dan panjang (kereta ayah TK). Tapi macam-macam jadi. Termati enjin time nak masuk simpang la, termati enjin time U-turn la, dan macam-macam lagi. Akibatnya, mak ayah TK tidak benarkan TK bawa kereta yang bersaiz besar dan panjang.
Alkisahnya sewaktu menjalani Latihan Industri (LI/praktikal), kami harus memandu setiap kali nak ke tempat LI kami. Nasib baik tuan rumah ada kereta lebih. Dan manusia terpilih untuk menjadi drivernya adalah TK dan seorang lagi gadis comel. Nasib baik juga la kereta bersaiz kecil. So, tiada masalah la. Selalu je TK bawa. Boleh practice sekali, mahirkan diri dalam skill pemanduan.
Then, suatu hari TK disuruh pandu satu lagi kereta milik tuan rumah yang bersaiz besar… dan panjang. Exora. Dan TK tolak. Mengatakan TK tak biasa dan mak ayah pun tak benarkan. Agak takut juga. Lagi-lagi bila pernah tengok kawan TK bawa kereta tu terlanggar divider masa nak masuk simpang. Buat TK lagi tak yakin. Nanti jahanam pula kereta orang. Dan mereka tak faham. Ada yang fikir TK tak mahu tolong. Malah ada yang ejek TK depan kawan lain, “Huh, TK tu bawak kete kecik je… tak maen yang besar2 ni…”

Bukannya TK tak mahu. TK nak juga belajar bawa kereta yang bersaiz agak besar dan panjang. Apa perasaan korang kalau berlaku situasi macam kat atas ni pada korang?

Wednesday, 8 August 2012

WORDLESS WEDNESDAY: KEK!? ARGH...! LARI!!!


Huh? Kek apa ni? Kalau nak tahu, skrol ke bawah...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni TK nak join satu contest ni... Saja la TK nak cuba nasib, mana tau ada rezeki TK kat sini kan... Contest ini ialah Contest Aidilfitri: Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool! anjuran Cik Si Pipi Merah .

Kalau korang nak join sekali pun boleh. Ada hadiah juga tau... Klik je banner kat bawah ni ek untuk cara-cara nak join dan syarat-syaratnya!  Tarikh tutup 28 September 2012 ye..


Entry terbaik TK:

TK nak tag:
Farah Adriana

Monday, 6 August 2012

RESEPI: ROTI JALA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Akibat mengalami sindrom kebosanan melihat nasi dan lauk setiap hari untuk berbuka dan sahur, tiba-tiba je terfikir nak makan roti jala untuk berbuka.Saja je buat roti jala untuk berbuka semalam. Jadi, untuk entri kali ni TK nak kongsi resepi roti jala dengan korang semua.

Adik TK sempat snap gambar ni sebelum berbuka semalam...

Bahan-bahan:

  • 300 gram tepung gandum (diayak)
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam (TK letak kira-kira 1/5 sudu makan)
  • 1 sudu minyak masak
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Kesemua bahan di-blend-kan. Kuantiti air yang digunakan tu bergantung pada kepekatan adunan. Kalau terpekat sangat nanti tambah lagi air. Kalau tercair sangat tambah tepung sikit lagi. (Kena pandai2 adjust)
  2. Biarkan adunan sekejap (dalam 15 minit).
  3. Panaskan non-stick pan.
  4. Isikan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan di atas non-stick pan tadi dalam bentuk bulatan antara 7-10 cm. (Jangan pusingkan di tempat yang sama banyak kali, nanti roti jala jadi tebal) Biarkan masak. (Jangan sampai jadi perang pula)
  5. Lipat dan gulung roti jala itu. Ulang langkah no. 4 sampai adunan habis.
  6. Sedia dihidang. Sedap dimakan dengan kuah kari.


-Selamat Mencuba!-

**Oh ya! Kalau inginkan sedikit kelainan, boleh cuba roti jala berwarna. Hehe~ cuma perlu gantikan serbuk kunyit tu dengan pewarna saja pada adunan tadi.


Saturday, 4 August 2012

ONE OK ROCK 「C.h.a.o.s.m.y.t.h.」



Aikawarazu ano koro ni hanashita
Yume wo boku wa oi tsuzukete iru yo
Moo kotoshi kara isogashiku naru yona ?
Demo kawarazu kono basho wa aru kara

So everybody - everybody
Days we grew up are days
We will treasure
Everybody show is begining
Curtain has risen
Make your own storyline
Dream as if you will live forever
And live as if you'll die today

Fuzake aita wai mo nai
Kudaranai hanashi wo shite wa
Nakiwarai nagusame ai
So owaranai uta ima utau yo
Dream as if you will live forever
And live as if you'll die today

Waru-sa ya baka mo shita ne yoku okora reta ne
Tada tanoshikute sonna hibi ga zutto
Tsuzuku to omou teta
Kedo kizukeba otona ni natte tte
Sore totomoni yume mo dekaku natte itte
Sorezore ga eranda michi e

We have to carry on
Our lives are going on
Demo kawarazu ano bashou wa aru kara

So everybody - everybody
Days we grew up are days
We will treasure
Everybody show is begining
Curtain has risen
Make your own storyline
Dream as if you will live forever
And live as if you'll die today

Fuzake aita wai mo nai
Kudaranai hanashi wo shite wa
Nakiwarai nagusame ai
So owaranai uta ima utau yo
Dream as if you will live forever
And live as if you'll die today

We all, we all
Have unforgettable and precious treasure
It'll last forever, it'll last forever

Toki ga tachi oite itte mo kakegae no nai takaromo no wa
Me ni mienu katachi janai taisetsuna memory
Korekara saki mo zutto isshou zutto...

So everybody - everybody
Days we grew up are days
We will treasure
Everybody show is begining
Curtain has risen
Make your own storyline
Dream as if you will live forever
And live as if you'll die today

Fuzake aita wai mo nai
Kudaranai hanashi wo shite wa
Nakiwarai nagusame ai
So owaranai uta ima utau yo
Dream as if you will live forever
And live as if you'll die today

Wednesday, 1 August 2012