Advertisement

SAYA SAYANGKAN AWAK… OLEH KERANA ITU…

* Entri ini sepatutnya dipublish minggu lalu, sebelum ekspidisi mendaki gunung… Harap maaf atas keterlewatan CikTK…


Hampir 4 bulan kita berkenalan, kita mengharungi segala suka duka bersama… Segala susah senang kita tempuhi bersama, tidak kira hujan dan panas kita masih lagi sentiasa bersama. Tidak berpisah walau sekali.

Ketika awak sakit, saya merawat awak dengan penuh kasih sayang, sehingga awak sembuh dan dengan izinNya kita masih bersama mengharungi segala yang ada di hadapan.

Terima kasih awak, kerana sentiasa berada bersama saya, mengikuti saya ke mana saya pergi. Oleh kerana itulah saya sangat sayangkan awak…

Akan tetapi, tempat yang saya ingin pergi kali ini sunguh berbahaya untuk awak. Saya tidak mahu ada apa-apa yang buruk berlaku pada awak. Oleh itu, saya tidak mahu membawa awak kali ini bersama. Saya harap awak faham dengan keputusan saya demi kebaikan awak, sebab saya sangat sayangkan awak…


 Oh, kasut sukanku! Walau kita telah mengharungi pelbagai suka duka bersama, macam-macam rintangan kita telah lalui bersama; hutan, bukit, tasik, lumpur, selut, dan banyak lagilah, namun saya tidak sanggup untuk membawa awak untuk naik gunung. Saya risau trek naik gunung yang agak berbahaya akan menyakiti awak lagi wahai kasut kesayanganku.

Saya harap awak faham kenapa saya mencari yang lain… Bukan saya tidak setia, tapi ini demi kebaikan awak juga. Maafkan saya wahai kasut sukanku…


p/s: Ini kasut yang Cik TK dan kawan Cik TK pakai. Lebih sesuai untuk naik gunung. Kasut apa ni? Kalau nak tau, ini orang panggil kasut toreh getah. Biasa senang cari kat kedai hardware.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. kasut foo kiong namanya.. haha

    BalasPadam
  2. @ Anonymous
    oh, itu ke namanya...? baru tau... tq for the info!

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!