(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Friday, 29 June 2012

GUNUNG NUANG AKAN KU TAKLUKI!

* Entri ini sepatutnya dipublish minggu lalu, sebelum ekspedisi mendaki gunung… Harap maaf atas keterlewatan TK…

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sekadar hiasan. Diambil dari Google.
Seperti yang telah pun TK beritahu pada entri-entri yang lalu, salah satu aktiviti TK sebaik sahaja Latihan Industri/Praktikal TK tamat ialah mendaki gunung.

Macam-macam yang segelintir orang tujukan pada TK. Ada yang tanya, “Kenapa nak naik gunung?”, “Buat apa? macam takde keje lain je”, malah ada yang kata buang masa la, bazir  tenaga la.. Macam-macam reaksi juga yang TK terima.

Tapi bagi TK yang sukakan adventure, aktiviti lasak, dan pengalaman baru, TK rasa banyak benda yang kita boleh belajar. Malah aktiviti sebegini dapat membantu menguatkan ketahanan mental dan fizikal kita.

Kita boleh belajar macam mana nak menyesuaikan diri dengan keadaan di hutan/gunung yang tiada kemudahan telefon, internet, elektrik, dan sebagainya. Di sana TK belajar untuk pasang khemah, tidur di hammock, masak dengan cara yang serba kekurangan, memanfaatkan segala sumber sekeliling dan macam-macam lagi.

Sebelum ni pun TK dah pernah juga naik gunung, tapi untuk buat kajian, tak sampai puncak la. Waktu tu kami tinggal di chalet, makan di restoran, pendek kata segala kemudahan disediakanlah.

Dan kali ini TK berpeluang untuk merasai pendakian gunung yang sebenarnya.. hehe~ Puncak Gunung Nuang! TK datang!!!

Sekadar hiasan. Diambil dari Google.
Sekadar hiasan. Diambil dari Google.

2 comments:

محمد شهريل القنيطري said...

saya pon suka aktiviti lasak!!!memang best...

TK said...

@ محمد شهريل القنيطري
Kalau begitu, samalah kita! TK suka aktiviti lasak... tapi jarang dapat buat, sebab ramai kawan TK tak suka benda lasak2 ni...