(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Friday, 25 May 2012

SHOTA SHIMIZU - FUYU GA OWARU MAE NI


Sekaijuu no aenai koibitotachi ga
Kamisama douka aemasu you ni
Fuyu ga owaru mae ni

Aenai jikan no bun dake
Tsuyoku nareru yo
Hontou wa boku yori samishii
Kimi ga, sou itta

“Mou sugu aeru yo” nante
Waratte miru kedo
Itsu ni naru ka wakaranai
Tooi futari

Boku no kata ni yorikakatte
Kimi wa shiawase sou na kao shiteru
Shashintate no naka no futari
Mitsumete itara yoru ni natta yo

Sekaijuu no dare yori kimi ni aitai
Demo tooku hanareteru samishisa
Kono yuki no you ni kimi wo omou yo

Sekaijuu no aenai koibitotachi ga
Kamisama douka aemasu you ni
Fuyu ga owaru mae ni

Komiau shuuden ni notte
Ieji ni tsuku yo
Tsukareteru no kana
Bonyari, kimi ga mieru

Isogashiku sugoshite ireba
Samishisa mo sukoshi magireru darou
Sou omotte, ganbaru kedo
Kodoku na yoru ni tomadotteru nda

Sekaijuu no dare yori kimi ni aitai
Yume no naka de kimi ni aeru kedo
Asa ga kuru tabi ni setsunaku naru

Sekaijuu no aenai koibitotachi ga
Kamisama douka aemasu you ni
Fuyu ga owaru mae ni

Donna ni hanarete ite mo
Onaji yoru wo mitsumeteru kitto

Sekaijuu no dare yori kimi ni aitai
Demo tooku hanareteru samishisa
Kono yuki no you ni kimi wo omou yo

Sekaijuu no aenai koibitotachi ga
Kamisama douka aemasu you ni
Fuyu ga owaru mae ni

Kamisama douka aemasu you ni
Fuyu ga owaru mae ni

Untuk video: SINI

Friday, 18 May 2012

RENUNGKAN: LEWATKAN SOLAT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Melewat-lewatkan solat ni, umpama meringankan solat lah. Tau tak korang siksa orang yang tinggalkan and ringankan solat ni?

Kalau kita tinggalkan and ringankan solat, Allah balas dengan 15 seksa:

6 seksa kat dunia
3 seksa masa nak mati
3 seksa dalam kubur
3 seksa masa hari kiamat

Apa dia seksa-seksa tu?

6 seksa kat dunia

  1. Hilang berkat hidup. Sia-sia aje hidup. Kalau kita kaya sekalipon, kekayaan kita sia-sia, kosong. Umur kita tak berkat mean tak bagi apa-apa manfaat dalam hidup kita
  2. Allah S.W.T hapuskan tanda orang soleh kat muka kita.
  3. Semua benda baik yang kita buat, Allah tak bagi pahala, even sembahyang, puasa, sedekah ke semua tak dapat pahala.
  4. Doa kita tak di makbulkan.
  5. Batin munafik, semua makhluk kat dunia ni benci and marah kat kita. Tidak di akui golongan islam.
  6. Kita tak termasuk golongan orang soleh. Rezeki tak berkat, terbuang, sia-sia. Kalau kita kaya sekalipon, kekayaan tu jadi laknat kat kita.

3 seksa masa nak mati

  1. Mati sehina-hinanya. Roh kita dicabut dgn bengis tanpa belas kasihan.
  2. Mati dalam kelaparan
  3. Mati dalam kehausan.

3 seksa masa dalam kubur

  1. Kubur jadi sempit sampai berselisih tulang rusuk kita. Kubur kita gelap.
  2. Kita di azabkan dgn api neraka. Berbalik-balik kat atas bara api neraka tu siang and malam.
  3. Kita di datangi ular Sajahul ikrak. Mata ular ni dari api. Kuku dia dari besi. Panjang kuku dia pulak kira- kira satu hari perjalanan. Suara dia macam guruh. Ular ni akan datang kat kita sambil cakap “Akulah Sajahul igrak yang di suruh oleh Tuhanku memukul sekiranya simati meninggalkan sembahyang Subuh hingga ke Zohor, Zohor hingga ke Asar,dari Asar hingga ke Mangrib, Maghrib hingga ke isyak.” Macam tu lah terus-terus sampai hari kiamat. Tiap kali kena pukul, kita tenggelam 70 hasta masuk dalam bumi. Lepas tu dia cungkil kita balik pakai kuku dia. Kita di pukul ulang-ulang kali tak benti-benti sampai hari kiamat. 
Menurut riwayat Ibnu Abas (r.a) berkata aku dengan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Bermula orang meninggalkan sembahyang itu tidaklah ia golongan Islam, Allah subhanahu wata’ala tidak terima tauhidnya dan imannya dan tidak ada faedah sedekahnya, puasanya dan zakatnya dan sedekahnya walaupun ia boleh mengucap.


3 seksa masa hari kiamat

  1. Kita kena halau malaikat azab ke neraka jahanam. 
  2. Allah pandang kita dengan murka. Kita di hisab dengan berat sampai jatuh daging muka kita.
  3. Allah hisab kita dengan kiraan yang halus lepas tu di hantar ke neraka (seburuk-buruk tempat kediaman)
Sumber: SINI

Wednesday, 16 May 2012

9 TANDA JATUH CINTA?

  1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
  2. Anda akan sentiasa merindui dia.
  3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.
  4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
  5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
  6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
  7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.
  8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
  9. Dia sentiasa di fikiran anda.

Jadi, apabila tanda-tanda ini muncul dalam kehidupan anda. Usahlah berlengah lagi. Kerana cinta sejati hidup anda telah berada didepan mata.

Monday, 14 May 2012

RENUNGKAN: JANGAN...!!!


JANGAN dalam Islam...

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna.

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Friday, 11 May 2012

10 GANGGUAN KETIKA SOLAT


Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:



1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram




Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.




2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.
“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah kekiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).


3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat,syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yangbermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.
Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi danjika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orangitu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).


5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud(thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (HadisRiwayat Bukhari dan Muslim).


6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.
“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).


7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat kekiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu,selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).


8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.”(Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya(menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”


10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (HadisRiwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.


~Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

Tuesday, 8 May 2012

TIPS MENGURANGKAN ATAU MENGELAK JERAWAT


Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang. Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :

  1. Ambil wudu' sebelum tidur.
  2. Pastikan diri berwudu' sepanjang masa.
  3. Elakkan diri daripada tekanan.
  4. Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
  5. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
  6. Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
  7. Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
  8. Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
  9. Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
  10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
  11. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
  12. Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
  13. Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap. 


Wednesday, 2 May 2012

JUJUR, AKU MERINDUIMU….



Setelah sekian lama kita berdua tidak bertemu, entah kenapa aku sentiasa berharap agar dapat bertemu lagi denganmu… Aku berharap agar aku dapat berbicara lagi denganmu… Aku sentiasa berharap agar dapat mendengar suaramu lagi… Jujur, aku sentiasa mengharapkan kemunculan dirimu lagi… 

Masih aku teringat, perbualan dan sms terakhir kita berdua… walaupun cuma mengenai perkara-perkara remeh, mengingati saat itu dan saat-saat yang kita lalui sebelumnya sudah cukup membuatkan aku berasa sungguh gembira dan bahagia…

Kini, dikala aku sedang memerlukan seseorang, sangat sangat memerlukan seseorang… Aku begitu berharap dirimu muncul di hadapanku…Namun aku sedar, aku tau ianya mustahil… Jarak antara kita begitu jauh…

Pada malam yang disinari cahaya bulan yang indah ini, adakah engkau sedang melihat  langit yang aku sedang lihat ini…?  

Okay! Cukup…! Apa kejadahnya yang TK tulis ni…? Segannya TK kalau si dia baca… (nasib baik si dia tu tak tahu TK ni ada blog… hehe~)