(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Saturday, 18 February 2012

TAHAP KERISAUAN SETINGGI GUNUNG EVEREST DAH!

Assalamualaikumdan salam sejahtera... 

Erm… sedar tak sedar dah hampir sebulan cuti ni berlalu. Haish~ Tak rasa macam sebulan pun… Rasa macam sekejap sangat… Apa je yang TK buat sepanjang cuti sebulan ni ek? Kerja part-time… Aik? Itu je ke? Hehe~ Banyak lagi… Entri akan datang TK tunjukkan… 

Esok TK akan berangkat ke rumah sewa TK di Dengkil. Lusa nak praktikal dah… Perasaan TK? Excited ada... Nervous pun ada… Takut pun ada juga… Tahap kerisauan pun dah sangat sangat tinggi…! Setinggi Gunung Everest dah!!! Huhu~ 

Banyak yang TK risaukan… Keadaan waktu praktikal, keadaan tinggal kat rumah sewa dengan kawan-kawan, takut tak dapat sesuaikan diri, masalah duit pula lagi, keselamatan kat sana nanti, dan macam-macam lagi la yang TK fikirkan… 

Tapi, walau apa pun TK tahu yang TK haruslah bersikap positif dan tidak berburuk sangka. Ini adalah ketentuan dari Allah, dan mungkin inilah yang terbaik untuk TK. Sekarang ni TK cuma berharap dapat menjalani praktikal ini dengan jayanya, dengan perasaan gembira, dan TK berharap agar dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak diingini… Amin… 

Okay, sampai sini je entri TK kali ni… TK ucapkan semoga berjaya kepada semua yang akan menjalani praktikal juga…

p/s: Esok nak berangkat dah. Tapi barang satu apa pun tak packing lagi...! Siapa tengah free sekarang tolong TK packing jom!


p/s lagi:


Entah kenapa TK suka sangat tengok dia ni...
Siapa dia ni ek? Nantikan TK entri  yang akan datang...!


2 comments:

Ckin Kembaq said...

Tak berapa nak sihat nak tolong kemas..hehe

TK said...

alaaa... ciannya dia... rehat banyak2 ye...