(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Tuesday, 14 February 2012

MENUKARKAN FAIL KEPADA FORMAT PDF YANG SELAMAT TIDAK SUKAR LAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Dah lama TK tak buat entri mengenai perisian-perisian yang TK cuba. Rasanya entri kali ini adalah entri kedua sejak TK buat entri mengenai info IT (rujuk edit gambar online dengan mudah dan cepat) beberapa bulan lalu.
Kali ini TK ingin 'bercerita' mengenai cara untuk menukarkan fail/dokumen dari format word, powerpoint, gambar, dan sebagainya ke format PDF dengan mudah dan berciri keselamatan dengan menggunakan perisian PrimoPDF.

PrimoPDF adalah sebuah perisian percuma untuk sistem operasi Windows yang dapat membantu pengguna mencipta fail PDF dengan mudah, malah ia juga mempunyai ciri-ciri keselamatan mengikut kehendak pengguna seperti mengunci fail PDF dengan kata laluan, halangan untuk mencetak, dan sebagainya.

Perisian ini boleh di-download di website PrimoPDF itu sendiri, atau melalui website-website seperti softpedia dan sebagainya yang membekalkan perisian yang percuma. (Klik mana-mana link di bawah untuk download)



Cara-cara install perisian ini:


Setelah download perisian >> double-click icon untuk install >> Klik continue >> Pilih bahasa pilihan >> klik Next >> Klik I Agree >> Klik Next >> Selesai install klik Finish


Cara-cara menggunakannya:



Untuk menukarkan fail/dokumen kepada format PDF cuma perlu klik-dan-seret fail yang dikehendaki ke arah icon perisian ini yang muncul di desktop. Fail PDF berada di dalam folder yang sama fail asal berada.
* Dokumen PDF adalah belum berciri keselamatan. Untuk menghasilkan dokumen PDF berciri keselamatan, settingnya perlu diubah terlebih dahulu.

Menghasilkan fail berciri keselamatan:



Double-click pada icon PrimoPDF di desktop >> Klik change pada ruangan PDF Security >> Tukar setting security dokumen ikut kehendak >> Klik OK >> Klik Save Settings

Selamat mencuba!