(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Monday, 20 February 2012

COSTUME + PLAY = COSPLAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ni TK nak cerita sikit pasal COSPLAY? Huh? apa benda tu...?

Cosplay Haruhi Suzumiya
Walaupun aktiviti cosplay sudah semakin popular, mungkin masih ada dikalangan kita yang masih belum tahu dan mengenali fenomena cosplay ini, yang ternyata popular pada golongan remaja... 

Menurut sumber ini, COSPLAY (コスプレKosupure) adalah satu perkataan bahasa Inggeris yang berasal dari gabungan perkataan "costume" (kostum) dan juga "play" (bermain). Ini bermaksud Cosplay adalah sebuah hobi di mana para cosplayer mengenakan pakaian beserta aksesori dan wajah mereka bersolek seperti yang dikenakan watak-watak dalam anime, manga, permainan video, penyanyi idola, dan juga filem animasi. Contohnya macam dalam foto di bawah ni:
macam mana? sama tak?
Biasanya kalau korang pergi ke pertandingan cosplay atau paling tidak pun tengok kat dalam majalah, kebiasaannya cosplayer akan bergaya seperti watak-watak dalam anime. Contohnya daripada anime Bleach dan Naruto. Betul tak? 

Tapi sebenarnya, cosplay ni bersifat universal. Maksud TK di sini ialah tak semestinya cosplayer akan meniru watakwatak dari anime Jepun. Cuma kebiasaannya watak-watak dari Jepun akan ditiru, mungkin kerana watak anime dan manga Jepun lebih popular di serata dunia... Mana tau kan... Dan biasanya kalau bab meniru artis ni, biasanya cosplayer akan bergaya seperti 'visual kei' (kumpulan rock visual di Jepun, seperti kumpulan Malice Mizer).

Apa2pun, layan gambar2 kat bawah ni dulu... Kalau korang tak tahu ini semua watak2 dari mana, rujuk caption kat setiap gambar ek... (semua gambar2 ini digoogle)

Kurosaki Ichigo dari Bleach
Hibari Kyouya dari Katekyo Hitman Reborn
Gaara dari Naruto
Itachi Uchiha dari Naruto
Honey-senpai dari Ouran High School Hostclub
Cloud Striff dari Final Fantasy
Naruto dari Naruto
Pelbagai watak Vampire Knight


No comments: