(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Thursday, 13 December 2012

APA NI? AZAM TAHUN BARU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Bulan depan dah masuk 2013 kan? Jadi untuk tahun baru yang bakal menjelma ni, TK berazam nak… Eh? Baru tengah bulan Disember ni… Awal lagi la kalau TK nak pasang azam untuk tahun baru yang bakal menjelma ini kan…

Tapi… tak salah kan? Perancangan awal itu perlu. Walau apapun, kita hanya mampu merancang, hanya Dia yang menentukan.

List azam 2013:
  1. Ingin menjadi seorang anak yang baik, soleh, taat, dan sentiasa menjaga nama baik keluarga, serta membahagiakan ibu bapa.
  2. Menjadikan tahun 2013 sebagai tahun yang lebih gembira dan bermakna berbanding tahun 2012.
  3. Menyelesaikan FYP dengan jayanya!
  4. Graduate dengan keputusan yang cemerlang!
  5. Mendapat kerja yang baik dan bersesuaian dengan jiwa TK.
  6. Err… Kahwin? HAHA!! Takkan lah…! Calon pun tak ada lagi!


Ni TK punya azam 2013.
Korang?

Sunday, 28 October 2012

MEREPEK MACAM KEREPEK???

3.15 pagi.

masih tak tido lagi.

kenapa?

gatal lagi minum minuman berkafein tadi.

bukan nak stay up pun.

saje je.

akibatnya inilah.

godek-godek lappy ni, ntah apa yang TK buat ni.

nak borak, rumate sume di alam mimpi.

nak wat esengmen, fyp bagai, mood takde.

nk tgk movie, macam bosan.

nak main game, macam malas.

nak makan, TK baru je habiskan stok roti.

jadi sekarang TK boring.

lepas tu boring lagi.

dan boring, lagi...

dan bila TK boring, TK merepek.

buat bende yang bukan-bukan.

macam tulis entri yang merepek ni.

sambil dengar lagu yang ntah apa2 ntah.

dan TK akan makin merepek kalau tak berhenti taip.

maka TK stop sekarang.

okbai!

Ini kucing dan telur-telurnya... Eh, kucing bertelur ke???

p/s: entri kali ni memang merepek. haha!!!

Friday, 26 October 2012

AIDILADHA?


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Okay, lembu ni pandai pulak melarikan diri dari disembelih...
Hari ini semua umat Islam serata dunia menyambut Hari Raya Qurban… Sudah pasti kebanyakan pembaca di luar sana menyambutnya dengan meriah, bersama keluarga tercinta. TK pula? Menghabiskan masa berkualiti di hari raya ini bersama kawan-kawan di asrama, jauh di sebuah IPTA di Kelantan.

Kali pertama seumur hidup TK beraya jauh dari ibubapa dan adik-adik tercinta… Hmm, ramai juga kawan-kawan TK yang terkejut sebab TK tak balik. Kenapa TK tak balik? Apa boleh buat… Kalau balik pun, kena balik ke Kelantan hanya untuk kelas selama 3 hari (Isnin-Rabu) dan kemudian cuti semula selama 2 minggu. Rasa macam rugi hampir RM100 je untuk tiket bas kalau balik. Hehe~

Walaupun ramai yang tak pulang menyambut raya di rumah, sambutan oleh pihak universiti bolah tahan juga. Solat sunat raya, pelbagai aktiviti dan pengisian turut diadakan. Malah esok (27/11) juga 2 ekor lembu akan dikorbankan dan jamuan akan diadakan.

Tapi bukan semua aktiviti yang TK join. Jadi, apa je yang TK buat hari ni?

Hari ni, TK main ‘pondok-pondok’ bersama kawan, dan TK habiskan masa hari ni depan lappy menguji pelbagai perisian skemanya! Biasa orang lain kata software je yang baru saja di download ketika bosan. Kalau TK rajin, TK akan buat entri mengenai perisian-perisian tu. KALAU RAJIN LA EK… hehe~

Okay lah. TK nak sambung uji perisian. Baibai! Selamat Hari Raya AidilAdha!  

p/s: Berikut adalah senarai-senarai software yang TK cuba hari ni... 

Cyberlink PowerDirector 10
Sony Vegas Pro 11
Stardock
VideoPad Video Editor
PDF Xchange Viewer
MiniLyric

Monday, 8 October 2012

BERBLOG DI DEWAN KULIAH! OH YEAH!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sedang kini TK berada di dalam dewan kuliah mendengar alunan suara lecturer yang mendodoi manja, fikiran TK pun melayang entah ke mana… Gemersik suara lecturer yang sungguh merdu disertai slide powerpoint yang dilihat bagaikan pemandangan yang sungguh ‘indah’ membantu fikiran TK untuk melayang lebih jauh…

Mungkin pada saat ini fikiran TK sudah berada di Jepun, menikmati pemandangan dari puncak Gunung Fuji… Mungkin juga lebih jauh. Di Kutub Utara mungkin, sedang rancak bermain dengan BERUANG KUTUB!

Aish… TK merepek apa ni…? Tengah dalam kelas ni… Kenapa TK tak boleh concentrate ni…? Apa agaknya yang kawan-kawan tengah buat ya?

Toleh kanan, kawan sebelah ni sibuk menghasilkan karya seni di atas helaian kertas A4 yang sepatutnya digunakan untuk menulis nota ringkas… Toleh kiri, kawan sebelah ni sibuk main game apa ntah.  Intai orang depan, ber-facebook pula di telefon bimbit canggihnya itu… Yang duduk belakang TK, sudah hanyut diulit mimpi indah… Bila perhatikan sekeliling, rasanya yang duduk barisan depan sekali sahaja yang mendengar ajaran lecturer.

Aiyoo…! Apa nak jadi ni…? TK! Concentrate! Tahun 4 dah ni…! Tak boleh main-main… Hukhuk~


p/s: Korang jangan tiru adegan ini di mana-mana ya... tak baek tau!


TK tak ada gambar sendiri dalam kelas... So ini gambar budak-budak kelas kami~!
Oh kenangan sungguh gambar ni... Okay, teka lah TK yang mana satu... Hehe~

Saturday, 6 October 2012

PAK CIK FINAL DESTINATION.


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

*Ha….ha… hachooooooo………..!*

Fuh, berhabuk sungguh blog TK ni. Hehe~ Lama kan TK tak update. Bukan setakat dah lama tak update, ziarah blog kawan-kawan pun tak. Bukan sebab sibuk. Eh memang busy giler pun. Final year dah kan…? Hehe~ Satu sebab utama TK tak dapat online sebenarnya sebab kampus TK sekarang ni kat kawasan hutan yang kurang signal. Masih boleh online, tapi masalahnya SIPUUUUUUTTTT…!

Okay, cukup mukadimah. Jom terus ke matlamat utama entri kali ni. Dari dulu, sampai la sekarang. Ramai orang kata:

“Jangan menilai orang dari paras rupa”
“Don’t jugde a book by its cover”

Korang fikir apa bila jumpa orang macam ni?
Tapi, kalau kita perhatikan betul-betul ramai yang suka menilai orang lain berdasarkan penampilan, paras wajah dan tingkah laku. Contohnya:

“Muka dia tu macam jahat je… Baik jangan dekat sangat dengan dia”

Haha! Tak baik kan fikir macam tu. Buruk sangka namanya tu. Kesian kat dia. Bukannya orang tu minta pun rupa dia macam rupa orang jahat. Muka macam jahat tak bermaksud dia jahat. Ada je orang yang cantik, yang hensem, nampak macam baik tapi sebenarnya jahat.

Pasal buruk sangka ni, walau TK dah cuba untuk sentiasa berfikir secara positif, walau TK dah xuba untuk sentiasa berbaik sangka, kadang- kadang TK pun tak terkecuali dari berfikiran buruk. Kadang-kadang tu TERsangka buruk juga kat orang lain. Mungkin sebab tingkah laku orang tu aneh sangat.

Kisah sebenarnya begini. Di pasar pagi tadi, ada seorang pak cik ni. Sedang kami belek-belek jam tangan kat satu gerai ni tiba-tiba dia tegur TK dengan kawan TK. Seram eh! Dah la dia dok perhati kami mula-mula tu. Tetiba je dia tanya macam-macam:

“Member lain mana?” (Apsal tanya pasal member ni?)

“Erm… ada je kat sana tu…” (tunjuk satu arah)

“Dari U_ _ ke?”

“A’ah” (Curiga dah… Apsal dia tanya ni???)

“Datang dengan apa?”

“Bas” (Buat apa pulak la pakcik ni tanya…)

“Oh… tambang berapa?”

“seringgit je”

Lepas tu kami ‘cabut lari’ terus. Seram la pakcik tu tanya macam-macam. Disebabkan TK dan kawan-kawan TK ni baru je lepas tengok  filem FINAL DESTINATION 1,2, dan 3 (Okay, kami memang baru je tengok! Lambat kan~?). Jadi ada rasa macam seram-seram sikit dengan dengan semua benda, dan orang. Tau tak? Kami panggil pakcik tu PAK CIK FINAL DESTINATION. Haha!

Selama berada di kawasan pasar tu, kami asyik nampak pakcik tu bercakap-cakap dengan remaja-remaja sebaya kami. Macam-macam juga kami fikir. Waktu makan kat kedai makan nampak dia. Waktu kat gerai-gerai nampak lagi. Pendek kata, sepanjang masa ada di pasar ni, TK asyik nampak pakcik tu.

Last-last time nak balik tu, waktu tengah tunggu bas, kawan TK kata, “Pakcik Final Destination tu datang sini la”. Okay perasaan cuak menerjah kembali. Pakcik tu datang ke arah kami, lagi.

“Dah nak balik dah?”

“Err.. a’ah..”

“Sebenarnya pakcik ni dari Celcom Centre. Tau kan ada pejabat Celcom dekat2 sini?”
(sambil tunjuk kat satu arah dan tangan sebelah lagi tunjuk kad nama)

“Oh, tau-tau…” (Eh? Celcom?)

Lepas tu dia cerita la macam-macam pasal apa perlu buat kalau kad sim hilang la, cerita pasal broadband la, dan sebagainya…. Hmm... Survey perkhidmatan kot~ 

Ceehhhhh…! Rupanya nak promote dan nasihat macam-macam pasal Celcom. Punya la fikir mula-mula pakcik tu orang jahat la, apa la… Haha… Tu la TK! Lain kali jangan nilai orang dari paras rupa. Korang pun sama okay!?

Ke kadang-kadang curiga itu perlu? Hmm....

Friday, 7 September 2012

BERBELIT? MEMBELIT? TERBELIT? SEMBELIT? APAKAH???

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Yippie! Semester ni belajar bahasa asing lagi!!! Dulu time semester 4 dah mula belajar bahasa asing... TK ingat lagi, time tu mula-mula seronok tak terkata... mana taknya... dapat belajar bahasa baru... taklah asyik menghadap bahasa Melayu, Inggeris, dan Jepun (pasal suka dengar lagu Jepun, tengok cerita Jepun dan belajar bahasa Jepun sendiri secara online dan buku) je kan... hahaha!!! Untuk kelas bahasa asing ni TK menghadap bahasa yang tak asing lagi kat Malaysia ni, iaitu Bahasa Mandarin... bukan limau mandarin ek...!

haha...! dah lama tak makan limau mandarin...

TK ingat lagi, dulu pada mulanya memang excited giler la... seronok... Akan tetapi, kemudiannya, lama-lama lepas masuk kelas, lain pula jadinya... Siriyes berbelit-belit lidah TK ni menyebut fonem-fonem mandarin ni... huhu~ rasa macam lidah ni ntah jadi macam apa dah... Lawak bila ingat balik time tu... Macam-macam ragam yang lawak la dalam kelas...


Dan semester ini (semester 7) TK akan belajar bahasa Mandarin lagi... bersiap sedia la nak belit-belitkan lidah lagi! Hahaha!

Monday, 27 August 2012

HURM... KANAN KE KIRI EK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ermm... Baru hari ke-9 Syawal, masih belum terlambat lagi kan untuk TK ucapkan "Selamat Hari Raya, maaf zahir batin" kepada semua yang membaca blog TK ni... Hehe~ bajet macam ramai pulak yang baca...

Sepanjang waktu cuti lepas praktikal hari tu, sementara tunggu nak mula sem baru bulan 9 ni, ni bekerja sambilan... Sambilan la sangat... Macam full time je... Jadi report praktikal entah apa jadi ntah... Tak sentuh langsung... Ni baru je nak mula buat la ni, tapi digoda internet la pula... habis la TK! Sempat tak siap ni? Kepada semua, sila jangan tiru sifat TK yang suka buat kerja last minit ni ek!

Tadi waktu konon-kononnya gigih nak menaip untuk report praktikal ni kan, TK terjumpa kuiz ni kat internet... Aik? macam mana boleh sampai ke kuiz pula ni? Itu lah bahana godaan internet semasa buat report! Nak cari benda lain, jumpa pula benda lain... Nak buka google, terbuka facebook la, blog la, tumblr la... Macam-macam!


Korang tahu tak pasal penggunaan dominan otak kanan dan kiri manusia? Tahu tak korang ni lebih guna otak kanan ke otak kiri? Okey, kalau korang nak tahu jom cuba kuiz ni... Memang tak boleh nak percaya 100% la resultnya nanti... Tapi tak salah kalau nak cuba kan?


Fuh~ Bukan main gigih lagi TK jawab... Eh? Banyak pula masa nak jawab kuiz? Tadi kata takut tak sempat siap buat report? Keputusannya?


Otak kanan lebih mendominasi... Bila baca keterangannya yang panjang lebar tu, ada rasa juga la sebahagiannya itu kena dengan diri TK ni... Sebahagian je la ek!   ^^

Okey, Selamat mencuba!

Saturday, 25 August 2012


Macam mana nak tahu orang di keling sekeliling anda tak menyukai anda ? lepas ni, korang boleh la usha-usha sesiapa yang ada gaya atau tingkah laku kawan-kawan anda atau sesiapa la yang ada persamaan dalam list kt bawah ni :

1. Mereka tak akan makan makanan anda.

2. Mereka akan berdiam diri dan mengelakkan diri beliau daripada berborak dengan anda.

3. Mereka akan layan anda dengan baik secara tetiba, sebab apa ? sebab mereka  tu baru je mengumpat pasal anda.

4. Mereka langsung tak menjawab persoalan anda.

5. Mereka banyak keluar atau berdiam diri dalam bilik bagi mengelak jumpa anda.

6. Mereka akan bagi kerja yang susah gila dekat anda.

7. Selalulah masuk ke PESBUK mereka, kerana kt sana mesti akan ada kata-kata perli tentang anda.

8. Apabila anda berada dalam satu GROUP (kira dalam berkumpulan), salah seorang sahaja yang layan anda. itu pun sebab kesian kat anda.

Thursday, 16 August 2012

SAHUR OH SAHUR...

Assalamualaikum dan salam sejahtera… 



Sahur… sahur… sahur… Asal waktu sahur je, rasa macam berat je mata ni nak buka. Sebab kalau waktu hari hari biasa, waktu ni lah masa paling sedap tidur kan..? Masa inilah masa yang paling seronok untuk berada di alam mimpi yang indah... 

Hampir sebulan dah berpuasa, tapi perangai masih sama. Setiap kali penggera jam berbunyi, tangan akan tekan snooze secara automatik... Lepas 5 minit bunyi lagi, snooze lagi, dan begitulah seterusnya.. Sampailah mak datang tolong kejut. Aish…! Anak dara apa ni TK??? Bangun pun mak yang kejut… Belum boleh kahwin ni… Eh, ada kaitan ke? 

Dengan mata yang celik separuh, mamai terus ke sinki basuh muka. Dan masih dalam keadaan mamai tu bantu mak siapkan hidangan untuk sahur. Panaskan lauk berbuka semalam la biasanya… Kalau semalam berbuka lauk gulai ayam, sahur pun gulai ayam lagilah. Kalau lauk semalam habis, goreng telur ngan ayam goreng segera je lah. 

Nak masak yang sedap-sedap pun tak guna juga kalau waktu sahur ni… Walau kadang-kadang tu teringin juga nak makan yang meriah sikit, macam tomyam ayam ke, jus jambu batu plus asam boi ke, aiskrim coklat bagai sebagai dessert-nya, masalahnya tukang masaknya waktu pagi-pagi buta ni masih mamai dan tiada mood nak masak (TK dan mak TK je tukang masaknya ni… haha!). 

Lagipun sahur itu sebenarnya bukannya bertujuan untuk beri kita kekenyangan dan memberi tenaga sepanjang hari semata-mata. Yang penting adalah berkat daripada sahur itu sendiri… 


p/s: 
Pernah sekali tu, sebab TK mamai dan masih terlalu mengantuk TK tercedera waktu membuka tin susu pekat. Oh, ‘sedap’ dan ‘nikmat’ rasanya…


WORDLESS WEDNESDAY: KUCING DAN EMOTICON?

Friday, 10 August 2012

KECIL ATAU BESAR. APA MASALAHNYA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Aish… Masalah kecil dan besar? Apa ni? Masalah saiz badan ke? Eh, bukanlah… Bukan itu tujuan TK tulis entri kali ini. Kali ini, TK nak membebel luahan perasaan sebenarnya sikit pasal masalah memandu kereta kecil dan kereta besar yang TK alami selama ini.

Kisahnya:

Dulu waktu belajar memandu, TK cuma pernah bawa kereta Kancil dan Viva (waktu ujian JPJ sahaja). Selepas dapat lesen P pula, TK memandu hanya apabila terpaksa. Contohnya bila keluar dengan kawan-kawan, tetiba je tiada sesiapa nak memandu. Maka waktu itu la baru TK tunjukkan skill yang tidak seberapa dan sungguh kelam kabut sebab nervous sangat. Mungkin cuma empat atau lima kali je dalam masa setahun. Dan itupun pakai kereta Kancil sahaja.
Korang boleh tengok kan, TK cuma pernah bawa kereta bersaiz kecil je kan? Oke, pernah beberapa kali TK bawa kereta yang bersaiz agak besar dan panjang (kereta ayah TK). Tapi macam-macam jadi. Termati enjin time nak masuk simpang la, termati enjin time U-turn la, dan macam-macam lagi. Akibatnya, mak ayah TK tidak benarkan TK bawa kereta yang bersaiz besar dan panjang.
Alkisahnya sewaktu menjalani Latihan Industri (LI/praktikal), kami harus memandu setiap kali nak ke tempat LI kami. Nasib baik tuan rumah ada kereta lebih. Dan manusia terpilih untuk menjadi drivernya adalah TK dan seorang lagi gadis comel. Nasib baik juga la kereta bersaiz kecil. So, tiada masalah la. Selalu je TK bawa. Boleh practice sekali, mahirkan diri dalam skill pemanduan.
Then, suatu hari TK disuruh pandu satu lagi kereta milik tuan rumah yang bersaiz besar… dan panjang. Exora. Dan TK tolak. Mengatakan TK tak biasa dan mak ayah pun tak benarkan. Agak takut juga. Lagi-lagi bila pernah tengok kawan TK bawa kereta tu terlanggar divider masa nak masuk simpang. Buat TK lagi tak yakin. Nanti jahanam pula kereta orang. Dan mereka tak faham. Ada yang fikir TK tak mahu tolong. Malah ada yang ejek TK depan kawan lain, “Huh, TK tu bawak kete kecik je… tak maen yang besar2 ni…”

Bukannya TK tak mahu. TK nak juga belajar bawa kereta yang bersaiz agak besar dan panjang. Apa perasaan korang kalau berlaku situasi macam kat atas ni pada korang?

Wednesday, 8 August 2012

WORDLESS WEDNESDAY: KEK!? ARGH...! LARI!!!


Huh? Kek apa ni? Kalau nak tahu, skrol ke bawah...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni TK nak join satu contest ni... Saja la TK nak cuba nasib, mana tau ada rezeki TK kat sini kan... Contest ini ialah Contest Aidilfitri: Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool! anjuran Cik Si Pipi Merah .

Kalau korang nak join sekali pun boleh. Ada hadiah juga tau... Klik je banner kat bawah ni ek untuk cara-cara nak join dan syarat-syaratnya!  Tarikh tutup 28 September 2012 ye..


Entry terbaik TK:

TK nak tag:
Farah Adriana

Monday, 6 August 2012

RESEPI: ROTI JALA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Akibat mengalami sindrom kebosanan melihat nasi dan lauk setiap hari untuk berbuka dan sahur, tiba-tiba je terfikir nak makan roti jala untuk berbuka.Saja je buat roti jala untuk berbuka semalam. Jadi, untuk entri kali ni TK nak kongsi resepi roti jala dengan korang semua.

Adik TK sempat snap gambar ni sebelum berbuka semalam...

Bahan-bahan:

  • 300 gram tepung gandum (diayak)
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam (TK letak kira-kira 1/5 sudu makan)
  • 1 sudu minyak masak
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Kesemua bahan di-blend-kan. Kuantiti air yang digunakan tu bergantung pada kepekatan adunan. Kalau terpekat sangat nanti tambah lagi air. Kalau tercair sangat tambah tepung sikit lagi. (Kena pandai2 adjust)
  2. Biarkan adunan sekejap (dalam 15 minit).
  3. Panaskan non-stick pan.
  4. Isikan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan di atas non-stick pan tadi dalam bentuk bulatan antara 7-10 cm. (Jangan pusingkan di tempat yang sama banyak kali, nanti roti jala jadi tebal) Biarkan masak. (Jangan sampai jadi perang pula)
  5. Lipat dan gulung roti jala itu. Ulang langkah no. 4 sampai adunan habis.
  6. Sedia dihidang. Sedap dimakan dengan kuah kari.


-Selamat Mencuba!-

**Oh ya! Kalau inginkan sedikit kelainan, boleh cuba roti jala berwarna. Hehe~ cuma perlu gantikan serbuk kunyit tu dengan pewarna saja pada adunan tadi.


Saturday, 4 August 2012

ONE OK ROCK 「C.h.a.o.s.m.y.t.h.」



Aikawarazu ano koro ni hanashita
Yume wo boku wa oi tsuzukete iru yo
Moo kotoshi kara isogashiku naru yona ?
Demo kawarazu kono basho wa aru kara

So everybody - everybody
Days we grew up are days
We will treasure
Everybody show is begining
Curtain has risen
Make your own storyline
Dream as if you will live forever
And live as if you'll die today

Fuzake aita wai mo nai
Kudaranai hanashi wo shite wa
Nakiwarai nagusame ai
So owaranai uta ima utau yo
Dream as if you will live forever
And live as if you'll die today

Waru-sa ya baka mo shita ne yoku okora reta ne
Tada tanoshikute sonna hibi ga zutto
Tsuzuku to omou teta
Kedo kizukeba otona ni natte tte
Sore totomoni yume mo dekaku natte itte
Sorezore ga eranda michi e

We have to carry on
Our lives are going on
Demo kawarazu ano bashou wa aru kara

So everybody - everybody
Days we grew up are days
We will treasure
Everybody show is begining
Curtain has risen
Make your own storyline
Dream as if you will live forever
And live as if you'll die today

Fuzake aita wai mo nai
Kudaranai hanashi wo shite wa
Nakiwarai nagusame ai
So owaranai uta ima utau yo
Dream as if you will live forever
And live as if you'll die today

We all, we all
Have unforgettable and precious treasure
It'll last forever, it'll last forever

Toki ga tachi oite itte mo kakegae no nai takaromo no wa
Me ni mienu katachi janai taisetsuna memory
Korekara saki mo zutto isshou zutto...

So everybody - everybody
Days we grew up are days
We will treasure
Everybody show is begining
Curtain has risen
Make your own storyline
Dream as if you will live forever
And live as if you'll die today

Fuzake aita wai mo nai
Kudaranai hanashi wo shite wa
Nakiwarai nagusame ai
So owaranai uta ima utau yo
Dream as if you will live forever
And live as if you'll die today

Wednesday, 1 August 2012

Monday, 30 July 2012

SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+

Tagged by: Anzulna

Jom ramai-ramai join segmen ni...
Segmen ini untuk mereka yang mempunyai bilangan follower kurang dari 1000...
Dianjurkan oleh Izzah Ismail


Klik banner kalau nak join... Tarikh tutup 31 Ogos 2012


Follower TK sekarang: 302

TK nak tag: Ked, Hazirah, Zie

Monday, 9 July 2012

INDEED.



SEGMEN: KEMBAR TK

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Emm... Dalam entri kali ni TK nak join satu segmen ni. Err... Kalaulah korang perasan kan, dah lama kan TK tak join apa-apa segmen. Kali ni tiba-tiba TK rasa nak join segmen dari blog CX ni.

Rasa macam menarik kan segmen ni, ia mengumpulkan blogger-blogger mengikut bulan kelahiran. Mana tau nanti dapat berkenalan dengan blogger bukan setakat sama bulan kelahiran, malah sama tarikh lahir lagi! Woah, jumpa kembar! Sungguh menarik!

Apa lagi? Klik je banner di atas kalau nak join sekali!


Tarikh lahir: 15 Disember 1989
Bintang kelahiran: Sagittarius
Jantina: Perempuan


Saturday, 7 July 2012

MAYONNAISE + SERBUK KARI = ???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Pada suatu pagi yang indah ketika ibubapa TK keluar bermain badminton, ketika adik lelaki pertama TK masih lena dibuai mimpi, ketika adik lelaki bongsu TK baru berangkat ke sekolah, TK berada di dapur menjalankan suatu eksperimentasi makanan...

Pagi itu, adalah menjadi tugas TK untuk menyiapkan sarapan... Maka TK pun berada di dapur memerhatikan sekeliling... Memerhatikan bahan-bahan yang menarik perhatian TK untuk mula memasak. Akhirnya tangan TK menggapai tepung gandum yang berada di dalam almari, dan TK membuat keputusan untuk membuat cucur.

TK mula mengambil segala bahan yang TK perlukan; bawang, cili, sedikit daun kunyit, kentang, telur, ikan bilis dan bahan yang paling adik TK tak suka, iaitu sayur! Lalu TK blenderkan saja semuanya. Kemudian digaul dengan air dan tepung, dan digoreng.



Sesudah itu, TK pun mengambil sos cili dan mayonnaise. Ketika itu entah mengapa TK terasa hendak mengambil serbuk kari. Maka TK rasa ingin melakukan satu eksperimentasi di mana TK ingin mencampurkan serbuk kari itu dengan mayonnaise, dan akan dijadikan seperti sos cicah untuk cucur itu.



Hasilnya... Emmm..... SEDAP!!! Dah pernah orang buat ke ek? TK pun tak tahu entah mana datang idea ni, TK ikut gerak hati je ni... Korang pun boleh cuba buat. Sedap juga rasanya tau!