(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Friday, 23 December 2011

STUDY WEEK KE??

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Seperti mana yang telah TK nyatakan dalam entri ini beberapa hari yang lalu, TK dah selesaikan semua kerja, kelas pun semua dah habis, dan terus masuk ke STUDY WEEK…


Akan tetapi, kehidupan TK pada waktu study week tak rupa macam study week pun… Macam dah habis final exam la pula… Mana tak nya, study week ni TK layan movie/drama, dengar/tengok macam lagu kat Youtube (sampai seronok main dengan Heavy Rotation ni), main Facebook yang sememangnya dah lama tak buka, blogwalking sepuasnya, dan sempat lagi jalan-jalan sekitar Kota Bharu dan main-main kat pantai (kalau TK rajin TK update pasal ni)… haha!

Entah bila TK nak mula buat revision ni… 1 Januari ni mula final dah… Yup, korang tak salah baca… 1 Januari 2012! Orang lain sibuk sambut tahun baru, kami sibuk jawab exam! 2 paper pula tu dalam 1 hari! Kawan TK cakap kat Kelantan ni 1 Januari memang tak cuti… Huhu~

Tapi tak apa, final exam kali ni TK ada 2 kali study week… Hahaha! Lepas habis paper 1 Januari tu, paper seterusnya mula 11 Januari… Erm… ada gap 10 hari…  Lama tu~ So, anggap la macam satu lagi study week…

Banyak masa lagi nak study~ Kononnya lah! Masalahnya di sini ialah, mood study tak datang lagi… dan TK asyik main je memanjang… Sesiapa tolong bagi TK mood untuk study!!!

p/s:
Rumah ni sunyi je study week ni… Huhu~ Dari 10 orang yang tinggal kat sini, tinggal 3 orang je… Yang lain semua balik rumah… Yang tinggal ni semua buat hal masing-masing depan lappy mereka… Bosannya… 

p/s (lagi?): 
haha! cuba kira berapa banyak perkataan 'study week' TK guna dalam entri ni... 

p/s (lagi??!): 
Haha! TK ada jumpa papan tanda yang sama macam ini dekat satu pintu satu restoran waktu jalan-jalan sekitar Kota Bharu... 



4 comments:

mumui said...

hahaha... same! study week xmcm studyweek! study last minute lebih berkesan kpd saye!hehe

TK said...

@ mumui
haha! betul tu! last minute study la TK slalu amalkan... lepas tu nanti merungut tak cukup masa la, ini la, itu la... haha!

mumui said...

hahaha...jgn nebes time exam cukup da...

TK said...

hurm... harap-harap la...