(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Wednesday, 2 November 2011

PENGARUH KOREA…!?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…


*Meniup*
“Haaa…..chooooo!!!!”

Okay, berhabuk sungguh blog TK ni… Lama sudah TK tak update, tak blogwalking, tak sebagainya kan…??? Susah sikit nak update sejak semester ni bermula disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan…

Kali ini TK ingin bercerita sikit mengenai pengalaman TK di dalam kelas…

Alkisah sewaktu TK menyampaikan sebuah presentation di dalam kelas Kenegaraan, TK perlu menerangkan kepada rakan-rakan sekelas mengenai isu patriotisme. Ada yang tak tahu ke apa itu patiotisme? Siapa yang tak tahu, nah! Pelempang sedass….!

Maaf, gurau saja… Secara ringkas, patriotism itu bermaksud perasaan cinta kepada negara. Okay, TK bukan nak bercerita panjang soal ini. Merujuk pada tajuk entri TK kali ni, TK nak bercerita pasal pengaruh Korea kan…?

Tapi tak ada kaitan dengan mereka ini...

Okay, sambung balik cerita tadi…

Sampai satu part ni, TK menerangkan mengenai pengaruh budaya dari luar negara yang menyusup masuk ke dalam budaya negara kita, dan budaya luar ini termasuklah dari barat, jepun dan KOREA…

TK menerangkan, “Bla bla bla… Sekarang ni kita boleh melihat begitu banyak pengaruh dari luar yang dah masuk ke negara kita… bla bla bla…. Contohnya seperti cara pemakaian segelintir generasi muda sekarang yang tak cukup kain yang meniru cara…”

“KOREA!!”… Beberapa pelajar di dalam kelas itu mencelah.

“Huh????”, Okay, serius TK terkejut waktu tu. Tergamam… Sebab selama ni biasanya waktu TK present tak ada sesiapa pun yang nak ‘menyampuk’...

Lepas tu TK sambung lagi, “Oh, okay…  macam penyanyi korea tu… then pengaruh makanan pula seperti McDonald, KFC…”

“Kimchi!!! Ramyeon!!!”, ada lagi pelajar lain yang mencelah.

TK sambung, “Huh?? Apa tu??" Kali pertama TK dengar perkataan ramyeon. Walaupun tak tahu apa bendanya tu, TK iya-iyakan saja. "Oh ye… Itu pun betul jugak… Lepas tu dari segi hiburan pula... Contohnya muzik dan lagu…”

“Korea punya..! B2ST, DBSK, Kara, SNSD…!”

“Huh??” Haha! Itu sahaja reaksi TK.

Sebelum sempat TK kata apa-apa, pensyarah TK pula yang bercakap, “Korang semua Ini tak habis-habis dengan Korea je! Korang semua ni sebagai rakyat Malaysia haruslah bla bla bla…”

Kemudian ditakdirkan tiba-tiba telefon bimbit pensyarah TK tu berbunyi…. “Ireohke nan ddo (Fiction in Fiction)… Itji mothago (Fiction in Fiction)…”

Serta merta TK tahu itu lagu Korea bertajuk ‘Fiction’ nyanyian kumpulan B2ST. Walaupun TK pernah nyatakan di sini yang TK ni penggemar lagu berbahasa Jepun, jangan ingat TK ni tak tahu lagu Korea ya. Sebabnya, TK ni dikelilingi oleh peminat lagu-lagu Korea. Maka adalah juga sedikit yang TK tahu…

Reaksi pensyarah TK? “Alamak!”, dan kelam kabut serta merta terus menjawab panggilan.

Reaksi mereka di dalam kelas…? “Kantoi!!! Puan pun suka lagu Korea jugak!!!”


Reaksi TK? Pulak~

Ramai yang minat kat kumpulan ni... (Ikut pemerhatian TK la...)


P/S: Siapa tak pernah dengar lagu B2ST - Fiction ni? Boleh la tengok video di bawah ni...


5 comments:

Ungu Violet said...

hahaa...kantoi suda...kehkeh

Op Anaz said...

aku tak suka korea.

mayasufi said...

hehehe...saya pn minat korea jgk....

ILA HonEyBuNNy said...

ramai btol peminat korea..ehheheh

TK said...

@ Ungu Violet
tu la... habis terkantoi...

@ Op Anaz
TK pun... tak suka korea... tapi kengkadang tu layan je~

@ mayasufi
ohooo... ramai peminat korea...

@ ILA HonEyBuNNy
tu la... memang ramai..