Advertisement

CEPAT PUNYA PASAL, NYAWA DIPERTARUHKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian…


Lusa dah raya… Macam mana persiapan raya? Mesti korang dah sediakan semua awal-awal kan…? Baju raya sudah pastinya dah ada, rumah dah hampir siap dikemas, kuih raya pun dah buat kan? Ke kuih raya ‘tunjuk’ je? Hehe~

Opss… Cik TK bukan nak cerita pasal ini sebenarnya. 

Sekarang ini pasti semua orang sibuk dan nak siapkan kerja dengan cepat… Tidak kiralah nak cepat kemas rumah atau nak cepat shopping barang-barang untuk raya, tidak lupa juga kepada yang nak segera balik kampung.

Walaupun begitu, semua ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi seorang pemandu yang tidak berhemah dengan melanggar peraturan jalan raya kerana ini boleh membahayakan pengguna jalan yang lain.

Ini adalah peristiwa yang berlaku malam tadi sewaktu Cik TK dalam perjalanan balik dari sebuah pasaraya kerumah. Cik TK pun tak tahu nak cerita macam mana, jadi Cik TK lukiskan. Kalau tak jelas, harap maaf…




Memang nasib baiklah kereta dari arah kiri tu sempat berhenti… Kalau tak, Cik TK dapat tengok accident secara ‘live’ untuk kali pertama… 


p/s: Kepada semua, berhati-hatilah di jalan raya… Biar lambat, asal selamat! 



Catat Ulasan

8 Ulasan

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!