(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Wednesday, 31 August 2011

MALAYSIA IT FAIR

TK baru je dapat tahu adaMalaysia IT Fair di Mid Valley 2 hingga 4 September ni… Hehe~ Dulu akhir Januari pun TK ada pergi. Sambutan waktu sangat menggalakkan, sangat ramai orang di sana… Kalau ada peluang nanti TK nak pergi lagi… 

Maklumat lanjut? Klik banner ni: 


WORDLESS WEDNESDAY: RAYA YANG PENUH DENGAN COKLAT!!






Yang kat bawah ni antara yang bukan coklat....


p/s: yang kat bawah ni buat untuk makan sendiri je... hehe~

Sunday, 28 August 2011

CEPAT PUNYA PASAL, NYAWA DIPERTARUHKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian…

Lusa dah raya… Macam mana persiapan raya? Mesti korang dah sediakan semua awal-awal kan…? Baju raya sudah pastinya dah ada, rumah dah hampir siap dikemas, kuih raya pun dah buat kan? Ke kuih raya ‘tunjuk’ je? Hehe~

Opss… TK bukan nak cerita pasal ini sebenarnya. 

Sekarang ini pasti semua orang sibuk dan nak siapkan kerja dengan cepat… Tidak kiralah nak cepat kemas rumah atau nak cepat shopping barang-barang untuk raya, tidak lupa juga kepada yang nak segera balik kampung.

Walaupun begitu, semua ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi seorang pemandu yang tidak berhemah dengan melanggar peraturan jalan raya kerana ini boleh membahayakan pengguna jalan yang lain.

Ini adalah peristiwa yang berlaku malam tadi sewaktu TK dalam perjalanan balik dari sebuah pasaraya kerumah. TK pun tak tahu nak cerita macam mana, jadi TK lukiskan. Kalau tak jelas, harap maaf…




Memang nasib baiklah kereta dari arah kiri tu sempat berhenti… Kalau tak, TK dapat tengok accident secara ‘live’ untuk kali pertama… 

p/s: Kepada semua, berhati-hatilah di jalan raya… Biar lambat, asal selamat! 

Friday, 26 August 2011

KOD RAHSIA!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai perkara ini... Tetapi TK tetap nak kongsikan sesuatu di sini...

Boleh cari apa yang tersembunyi dalam nombor-nombor di bawah?

696666999999666999999666666966666966666696666666669666696666696 696669999999969999999966669696666966666696666666696966696666696 696666999999999999999666696669666966666696666666966696699999996 696666669999999999996666966666966966666696666669666669696666696 696666666699999999666666999999966966666696666669999999696666696 696666666666999966666666966666966966666696666669666669696666696 696666666666699666666666966666966999999699999969666669696666696


1. highlight nombor-nombor di ats
2. CTRL+F
3. Tekan 9 atau 6


Sumber: Merata-rata di facebook...

Thursday, 25 August 2011

CABARAN 30 HARI



Assalamualaikum dan salam sejahtera, diucapkan pada semua… Hari ni tiba-tiba je TK rasa nak join cabaran 30 hari. Eh, bukan hari ni… Mulai minggu depan, mungkin. TK rasa cabaran 30 hari ini dapat membantu kawan-kawan blogger lain untuk lebih mengenali diri TK, dan juga dapat membantu mengelakkan blog TK ni dari berhabuk sebab jarang update… Hehe~


Berikut adalah cabaran-cabaran dari Cabaran 30 hari versi cik EZY


Day 3 - Benda yang selalu anda buat sebelum tidur
Day 4 - Benda yang anda buat bila berseorangan
Day 5 - Status anda? Relationship anda?
Day 6 - Tiga perangai buruk anda
Day 7 - Tiga perangai baik anda
Day 8 - Pergaduhan paling teruk yang pernah anda alami
Day 9 - Perasaan anda hari ni
Day 10 - Hari ke 10.. Apa yang berlaku?
Day 11 - Gadjet yang anda ada
Day 12 - Apa yang ada dalam beg mekap anda
Day 13 - Apa yang ada dalam beg duit anda
Day 14 - Perkara menarik yang anda lakukan hari ini
Day 15 - Kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?
Day 16 - Guru sekolah anda yang paling anda suka
Day 17 - Gambar bilik idaman anda
Day 18 - Benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri
Day 19 - Jenis manusia yang menarik perhatian anda
Day 20 - Hari ke 20.. Apa yang terjadi?
Day 21 - Benda yang anda wajib bawa bila keluar rumah
Day 22 - Tarikh-tarikh penting dalam hidup anda
Day 23 - Dream wedding
Day 24 - Tempat yang paling anda gemari untuk makan
Day 25 - Makna disebalik link blog anda
Day 26 - 15 fakta tentang anda
Day 27 - Makanan dan minuman kegemaran anda
Day 28 - Hobi anda
Day 29 - Siapa anda 10 tahun akan datang?
Day 30 - Hari ke 30.. apa yang berlaku?

Saturday, 13 August 2011

KASUT TUMIT TINGGI…?

Okay, entri kali ini ditujukan khas untuk mereka-mereka yang suka memakai kasut bertumit tinggi. Untuk kaum perempuan la tu maksudnya kan… Lelaki tak main kasut tumit tinggi-tinggi macam ni… Ke ada lelaki yang nak cuba pakai? Hehe~


TK perhatikan ramai yang memakai kasut bertumit tinggi, tidak kiralah apa jenis pun sama ada yang biasa atau wedges atau apa jenis sekalipun… Memang TK akui, memakai kasut seperti ini memang tampak lebih cantik, elegan, dan berstyle. Malah TK sendiri pun pernah cuba. TK akui, memang kelihatan cantik dan bergaya.

Tetapi pemakaian kasut tumit tinggi boleh menyebabkan kaki TK lenguh-lenguh, sakit-sakit, bahkan boleh sampai melecet… Kadang-kadang tu boleh sampai sakit pinggang. Agak menyeksakan kalau pakai waktu nak pergi shopping dan jalan-jalan… Korang yang berkasut tinggi ini tidak merasakan hal yang samakah?


Masalah seperti ini menyebabkan TK lebih selesa memakai kasut bertumit rata. Lebih selesa kerana TK ni selalu berjalan jauh, dan lagi selesa memakai kasut Converse. Hehe~
Sekadar gambar hiasan. Sumber: SINI
Baru-baru ni TK terbaca sesuatu mengenai bahaya penggunaan kasut tumit tinggi. Menurut apa yang TK baca, ianya boleh menyebabkan masalah-masalah seperti:
  • Menjejaskan kesuburan
  • Menjejaskan organ dalaman
  • Punca rambut gugur
  • Sakit leher, bahu, lutut, sendi, dan tulang belakang
  • Gangguan haid, dan banyak lagi (rujuk gambar di bawah)

Klik untuk tumbesaran...
Jadi, lepas ni TK rasa TK tak pakai kasut tumit tinggi dah… Mungkin kalau setakat nak bergambar okay la kot… Hehe~

p/s: 

Macam best je pakai ni... Ops..! Baru tadi kata tak nak pakai kasut tinggi dah~


Sumber dan maklumat tambahan:

KONSTRUKSI YANG HEBAT!


Gambar-gambar di bawah menunjukkan beberapa hasil-hasil binaan yang dapat memberikan impak yang hebat kepada pengguna-penggunanya… 


Tandas jenis ni dapat membantu menghilangkan rasa bosan ketika melepas disamping dapat membantu dalam mengeratkan silaturrahim sesama manusia...  
Sila duduk setiap kali guna tangga ini... Dikhuatiri terhantuk kepala jika berdiri...
Kegunaan pintu?
Tarik? Tolak? Rempuh je la!
Ada sesiapa berani nak guna?
Memang satu penjimatan... Kalau wiper rosak nanti boleh guna span je... Hehe~

Friday, 12 August 2011

I'M ISFJ. AND YOU ARE?



Baru-baru ni TK ada cuba ujian personaliti di SINI... dan hasilnya, TK adalah jenis ISFJ. Kira banyak juga yang betul... 

Di bawah ni adalah sebahagian dari hasil yang diperoleh...


ISFJ

Conservator/Protector — "I Serve Family Joyfully"


Ada lagi website lain yang mana korang boleh uji personaliti korang... Klik SINI pula... 

Okay, korang pun cubalah juga... Selamat mencuba!


Thursday, 11 August 2011

INDAHNYA CINTA…. VERSI GEEK!?



Biasanya cinta boleh diekspresikan oleh seorang jejaka atau seorang gadis kepada pasangannya melalui pelbagai cara. Contohnya, dengan cara luahan kata-kata romantis seperti ‘I love you’, puisi-puisi indah, pemberian bunga ros merah, coklat, kad ucapan, dan sebagainya. Ini adalah apa yang biasa kita lihat.

Urm… bagi mereka yang geek pula…? Hehe~ cuba suruh mereka selesaikan graf persamaan matematik di bawah:

(x2 + y2 - 0.8)3 = x2y3


Okay…! Mesti ada yang malas nak kira ni kan... Ada cara mudah kalau malas nak fikir tentang cara untuk selesaikan persamaan di atas.

Buka website www.wolframalpha.com, masukkan persamaan tadi (rujuk persamaan di bawah) ke dalam kotak kuning yang disediakan, dan klik “=”.

(x^2 + y^2 - 0.8)^3 = x^2y^3

Hasilnya adalah seperti apa yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.


Klik untuk tumbesaran

Wednesday, 10 August 2011

HOBI KUCING ZAMAN SEKARANG


Lalala~ Bangun pagi, gosok gigi...  Hurm... Lepas ni nak cuci muka, mandi, bla bla bla...
Tengah comel-comel ni kena la snap gambar dulu... Lepas ni nak upload  kat FB... Kawan-kawan jangan lupa tengok gambar terbaru I ni ye... hehe~
Sementara tuan aku tak ada ni aku nak main game la kejap... Lepas ni nak main DOTA pula la!
Tidur siang...
Nak mekap lawa-lawa... Lepas ni ada date dengan kucing rumah sebelah...
Makan kenyang-kenyang sampai tak larat nak bangun dah... 
Tengok tv... Hurm... Rancangan apa yang menarik hari ni?
Buli hamster tuan bersama geng-geng kucing yang lain...
Online~ Blogging, FB-ing, Game, dan banyak lagi!

Monday, 8 August 2011

SAYA BERMUSUH DENGAN..... AZLIA MJ

TK sudah ada musuh! Eh? Macam mana pula boleh ada musuh ni? Hehe~ Beberapa hari yang lepas TK ada join Sarjan Keroro punya segmen ... Segmen 'Jom Cari Musuh'... 

Dan hasilnya, TK dipasangkan dengan Azlia Mj. Erk? Dipasangkan? Aneh pula bunyinya. Jangan fikir bukan-bukan ya. TK bukan lesbian. Hahaha! Apapun, terima kasih Sarjan Keroro! 

Nak berkenalan dengan musuh TK ni? Apa lagi?! Jom kita semua terjah musuh TK ni! Azlia Mj.



Azlia Mj : Hmm... Awak, kita nak buat apa pula lepas ni?

BUAH KATAK PURU?

Yup! Memang BUAH KATAK PURU.... Korang tak salah baca tajuk entri kali ni. 

Urm... Siapa yang pernah dengar pasal buah ni...? Serius TK tak pernah dengar. Tak pernah tahu pun wujudnya buah yang namanya sebegini... 

TK pun dapat tahu waktu tengah chatting dengan kawan TK... Entah macam mana, boleh pula tiba-tiba kami bercerita mengenai buah... Dan dia sebut tentang buah ini.

Apabila TK tanyakan pada dia macam mana rupa buah ni, dia kata bentuknya macam karipap yang mempunyai kulit serupa katak puru... (Huh?! Kenapa pelik je?)

Kemudian TK bayangkan, rupanya mungkin macam:

(*AMARAN: Mungkin agak menggelikan...)


+


=




Okay.... TK memang tak pandai edit gambar... Dan hasilnya sungguh... yuckkkk...! Memang sangat mengarut... Semua sila kutuk... huhu~

Last-last, TK google cari info pasal buah ni... Rupanya memang wujud ya buah ni...

Sumber gambar: SINI dan SINI




Dari sumber yang TK jumpa ni, namanya Buah Katak Puru (Cynometra cauliflora)... atau buah nam nam... menurutnya, rasanya masam kelat ketika muda. Buahnya pulak berwarna kekuningan apabila sudah masak. Rasanya agak masam manis, isinya macam buah la, gebu je tapi luaran berketak dan bergerutu...

Memang TK belum pernah jumpa dekat mana-mana lagi buah ni... Nanti kalau TK jumpa, TK nak cuba rasa!

Friday, 5 August 2011

AKU ADA IC BLOGGER!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...

Kebelakangan ni TK agak jarang online tapi memang sentiasa macam tu pun... jadi agak jarang update dan blogwalking... Maaf ya semua... Jadi, bila mula blogwalking, TK akan 'selongkar' segala apa yang ada.. 

Tadi TK masuk blog MAR, tetiba TK jumpa IC TK ni time tengah selongkar blog dia... Hehe~ TK dah ada IC Blogger... Best kan...? Terima kasih kepada MAR sebab sudi buatkan IC ni untuk TK...


Maklumat lanjut...? Terjah blog MAR! Jom terjah ramai-ramai!


musicbrilliant.com

SEGMENT: JOM CARI MUSUH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua....


Hari ni TK nak join segment Sergant Keroro...
Ini adalah kali pertama TK join segment.. hehe~

Nak join sekali? Klik pada header di atas...

Tarikh tutup: 5 / 8 / 2011 jam 5 petang

Wednesday, 3 August 2011

BUTTERFLY

Cantiknya rama-rama ni...


Oppsss, pada entry kali ni TK bukannya mahu cerita pasal rama-rama tau!

Tadi TK cuba sesuatu yang TK jumpa dalam blog Scya Lollita… 

*Amaran: Hasilnya mungkin sangat pelik, lagi-lagi 90% lagu yang TK dengar adalah lagu dalam bahasa Jepun...


RULES : 
  1. Put your music library on shuffle. · 
  2. For each question, press the next button to get your answer. · 
  3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough. · 
  4. Ok, go! 
  5. When you're done, tag 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. 
  6. The answer to #20 is the title of your note. 


*********


1.If someone says, “Is this okay?” you say...
Feel Your Breeze [Kalau ada rasa angin baru okay ke?]

2.How would you describe yourself?
Go On [Hurm... jenis apa ni?]

3. What do you like in a guy/girl?
1/2 [setengah? Maksudnya!?]

4.How do you feel today?
Happy People

5.What is your life purpose?
Geki! Teikoku Kagekidan (Attack! Imperial Floral Assault Team) [Err...]

6.What is your motto?
Hanging by a moment [Ha!?]

7.What do your friends think of you?
First Love [Huh!? Semua fikir TK sebagai cinta pertama ke?]

8.What do you think of your parents?
Hanabi (Bunga Api) [Huh!? Apakah?]

9.What do you think about very often?
Tobira (Pintu) [Huh!? Buat apa nak fikir pasal pintu?]

10.What is 2+2?
Bouken Desho Desho? (An adventure right, right?) [2+2 bukannya satu cabaran]

11.What do you think of your best friend(s)?
Bloody mix [darah campur-campur ke?]

12.What do you think of the person you like?
Nightmare [Ha!?]

13.What is your life story?
Hakanaku Mo Towa No Kanashi (A Love Fleeting Yet Everlasting)

14.What do you want to be when you grow up?
Gold Saucer [Huh!? Apakah?]

15.What do you think of when you see the person you like?
Best Friends [Hurm…]

16.What will you dance to at your wedding?
Hare Hare Yukai [OMG… No!!!!] 

17.What will they sing for your birthday?
Lolitawork Libretto [Apa!? Sungguh aneh~ T_T]

18.What is your biggest fear?
Haruka Kanata (Jarak Jauh) [Kenapa pula nak takut dengan jarak yang jauh?]

19.What is your biggest secret?
The Biggest Dreamer [Mungkin…]

20.What you will post this as?
Butterfly


Tag? Kena juga ke? Malas la nak tag sesiapa...


p/s: Tahu tak tarian Hare Hare Yukai (rujuk soalan no. 16)? Rujuk video kat bawah...



WORDLESS WEDNESDAY: TANGISAN KE AIR TERJUN?


Tuesday, 2 August 2011

MEMANG JIMAT... TAK PERLU LAMPU DAH!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tadi TK terjumpa satu iklan ni... memang lawak la! Kalau betul-betul boleh buat macam ni, lepas ni tak payah nak pakai lampu dah... Jimat elektrik!



TUESDAY OF TRUTH: SPONGEBOB