Advertisement

NOSTALGIA: DIARI


Dulu, Cik TK selalu tulis diari. Apa saja perkara baru yang Cik TK buat, segala suka, duka, pahit, manis sejak dari Cik TK tingkatan tiga hinggalah sebelum Cik TK melanjutkan pelajaran ke universiti. Semuanya Cik TK abadikan di dalam diari.

Dulu, pada mulanya Cik TK saja-saja tulis je… Sebab kadang-kadang Cik TK lupa perkara yang dah lama terjadi. Jadi lepas beberapa tahun, bila Cik TK baca balik diari tu Cik TK boleh ingat balik cerita dulu-dulu.  

Bila baca balik kisah gembira, hati jadi senang dan gembira.

Bila baca balik kisah sedih, hati pun jadi sedih.

Bila baca balik kisah yang kelakar, tak kering gusi jadinya.

Bila baca balik kisah yang memalukan, rasa macam “OMG, malunya! Kalaulah Doraemon (uik? Doraemon?) ada kat sini, aku nak pinjam alat-alat dia. Balik ke masa lampau dan ubah segala apa yang dah berlaku…”

Bila baca balik, teringat balik kisah-kisah yang dilalui bersama seseorang yang pernah Cik TK minat secara diam-diam… *tersenyum sendiri*

Haha, macam-macam yang Cik TK rasa time baca balik diari Cik TK ni… Rasa seronok pula bila ingat balik kenangan yang dah lama dilupakan… Ada juga part di mana “eh, dulu pernah jadi ke perkara macam ni??”

Tapi, sebaik sahaja Cik TK melangkah masuk ke universiti, Cik TK sengaja tak bawa sekali diari Cik TK tu. Bahaya!! Bila dah namanya pun tinggal kat asrama, maknanya tidak tinggal dalam bilik seorang diri macam dekat rumah. Jadi takut kawan terbaca, habis pecah rahsia. Satu lagi, Cik TK fikir kehidupan di universiti ni mesti sibuk. Maka Cik TK rasa mesti tak ada masa nak tulis diari lagi.

Lepas baca diari Cik TK tu rasa macam nak tulis diari balik la… Mesti rasa seronok bila baca baca balik diari tu lepas beberapa tahun, kan?

p/s: Macam tak mungkin je… Lepas raya ni balik asrama dah. Mula semester baru. Takkan nak dibawa ke sana punya la… Urm, kalau lepas ni Cik TK guna blog ni sebagai diari macam mana? Hehe~




Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. hehe suka tulis diari rupanya TK ni :)
    err klu blog ni jadi diari nnt semua orag baca .. haha kantoi^^

    BalasPadam
  2. alif haris >> memang suka... seronok tulis diari... haha~ tu la... kantoi~ habis semua tau kehidupan peribadi TK...

    BalasPadam
  3. bui masa muda remaja dulu pun suka tulis diari..sekarang dh tak kuasa..hihi..

    BalasPadam
  4. Muhammad Burn >> hehe~ lei caye ke ni?

    Bui Junaidi >> TK pun time sekolah dulu je rajin tulis... sekarang ni nak tulis tak de masa...

    BalasPadam

Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jejak ya! Nanti Cik TK blogwalking ke blog korang pula!