(   ̄)y―oo0O0O〇○**

Thursday, 30 June 2011

KUDA KECIL YANG BERENANG DI LAUTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cuba perhatikan gambar kat bawah ni... apa yang korang boleh nampak? perasan tak kewujudan satu haiwan yang kecil dan comel kat bawah tu...? 


nampak tak apa yang tersembunyi dalam gambar tu? jumpa tak? hehe~ kalau korang perasan la kan, saiznya kecil je....warnanya juga sama dengan warna persekitarannya....

jumpa tak?

okay la... kepada yang dah nampak tu, bagus! kepada yang masih belum perasan tu, tak nak la buat korang tertanya-tanya lagi... jawapannya, ada kuda laut kat situ...


Namanya Pygmy Seahorse, atau Kuda Laut Bargibanti...
nama saintifik Hippocampus bargibanti
Saiznya memang sangat kecil...tidak melebihi 2.4 cm...
variasi warnanya pula biasanya hanya antara 2:
kelabu dan merah, dan kuning dan oren... 


Aku malas nak cakap banyak... jom layan gambar-gambar diorang kat bawah ni...





nak tahu lagi? sumber dari SINI

Tuesday, 28 June 2011

SAKITKAN MATA KORANG KAT SINI...!!! HAHAHA!!!


Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian... maaf la jarang update... sekarang ni waktu busy sikit... tengah mencari tempat untuk aku punya Latihan Industri (LI)... huhu~ Pening betul kepala... Sebab tak pasti nak buat kat mana... 

Baiklah, balik ke tajuk asal... nak sakitkan mata? Apa la aku merepek tu kan...? Hehe~ Sedang aku merayau-rayau di internet seperti biasa... Lepas tu, aku terjumpa ini.... cuba korang perhatikan... (sila klik gambar untuk saiz penuh)


perhatikan... bintik hitam ke putih ni?




roda yang berputar?




warna pelangi....!



urghh... jadi? macam mana? sakit tak mata korang?


Wednesday, 22 June 2011

MIMPI ULAR? NAK KAHWIN DAH KE?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Oppss.... lama sudah aku tak update kan...? bukan apa, busy sikit kebelakangan ni... ni pun curi-curi sikit masa untuk update blog aku ni... hehe~ sebelum aku mulakan, jom kita semua layan dulu encik-encik dan cik-cik ular ni ek...




comel? maaf... aku tahu ada di antara korang yang mungkin tak suka, geli, ataupun takut tengok ular... jika ada yang mempunyai perasaan-perasaan yang dinyatakan, sila baca entry ini sambil menutup mata. Eh, apa pulak! Kalau tutup mata macam mana nak baca??? Aiseyyy...!

korang tahu apa motif aku letak gambar ular ni? hehe~ ini kerana... semalam kan.... err..... semalam kan.... aku.... mimpi... ular... aku mimpi kena kejar ngan ular... tak cukup dengan proses kejar mengejar, aku kena patuk dengan ular tu pulak... KENA PATUK DENGAN ULAR, tahu? 


tapi bukanlah warna hijau macam kat atas ni... huhu~ apapun, tak mahulah ceritakan mimpi tu secara detail sangat..

dulu, pernah juga la ada seorang kawan aku ni pernah cerita... kalau mimpi kena patuk ular ni, maksudnya orang nak datang meminang... aku pun buat tak kisah je apa yang kawan aku cakap tu... setakat ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’ je... lagipun, pada aku, mimpi itu cuma mainan tidur je...

tapi, tetiba tadi hati aku ni tergerak nak search kat internet... kalau2-kalau mimpi ni ada maksudnya walaupun aku tak berapa percaya... dan hasilnya...

OH TIDAK!!!

Ini aku dapat dari beberapa sumber... semuanya menyatakan bahawa...

“Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya akan beristeri dan jika perempuan akan lekas bersuami”

“Jika bermimpi digigit ular, maka petanda akan mendapatkan pasangan hidup”

“Jika bermimpi dikejar ular, maka pertanda ada seseorang yang mencintai anda”

“Jika bermimpi melihat ular berlari mendekati ertinya anda sedang dicintai atau dirindukan orang lain secara diam-diam”

“Jika bermimpi melihat ular masuk rumah, maka petanda akan datang tamu yang membawa kebahagiaan”


Alamak... aku rasa awal lagi la kalau nak kahwin... aku pun tak sedia lagi nak melangkah ke alam perkahwinan ni... ada banyak sangat tanggungjawab yang perlu dipikul... tapi, kalau memang sudah jodoh nanti tu, aku terima sajalah... hehe~



Okay, setakat itu sahajalah entri aku untuk kali ni... aku cuma berharap yang mimpi itu hanyalah mimpi semata-mata... seperti mana aku katakan pada awal entri ini tadi, “mimpi itu hanyalah mainan tidur semata-mata...”



Sumber2:

Thursday, 16 June 2011

SPIDER + LILY = ????

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pernah tengok anime ini?


Jigoku Shoujo... dalam anime ini terdapatnya babak di mana ada bunga yang mana aku memang tak pernah tengok, apalagi mengenalinya. Tapi secara jujur aku mengatakan di sini bahawa aku suka sangat tengok bunga tu... dan aku tak pernah tau apakah namanya... tak pernah terfikir pun nak cari tahu namanya... lama-lama lepas tu aku pun lupa la pasal bunga tu...


tapi, tiba-tiba kebelakangan ni aku teringat balik pasal bunga tu. apa lagi? google la jap... hehe~

dan di bawah adalah secara ringkas mengenai bunga ni yang aku dapat dari En. Google...

Nama saintitik: Lycoris radiata
Dikenali sebagai : Spider lily / Higanbana (Jepun)
Banyak di jumpai di kawasan Asia Timur seperti Jepun, China, dll








hehe~ malas nak cerita lebih-lebih. apa2pun, nak tahu lebih lanjut sila rujuk sumber di bawah...


Thursday, 9 June 2011

MANA KAU LETAK MATA KAU!?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku ada teka-teki nak kasi kat korang ni...

Agak2 korang boleh teka tak mata haiwan ni ada dekat mana?



sila scroll ke bawah jika korang memang sudah buntu, tak jumpa mata haiwan ini ada kat mana....

hehe~

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


TADA..!!!

sudah nampak mata dia?



Kenal tak haiwan apa ni?


menurut sumber ini, haiwan ini dinamakan STAR-NOSED MOLE... nama saintifiknya Condylura cristata. Ini adalah sejenis haiwan yang dijumpai di sebahagian kawasan Kanada, Amerika Syarikat, dan juga Georgia. Haiwan ini mudah untuk dikenali dengan bahagian hidung merah jambunya (dikenali sebagai organ Eimer) yang berfungsi sebagai organ deria sentuh. Sumber makanannya adalah cacing, molluska (siput), invertebrata kecil dan juga haiwan akuatik.


Wednesday, 8 June 2011

BELUNCAS KARNIVOR!!!


Ulat beluncas adalah seekor makhluk Tuhan yang mana ianya akan mengalami proses metamorphosis dan menjadi seekor rama-rama yang cantik… Memang tak dinafikan lagi... 


Seperti mana yang kita semua ketahui, ulat beluncas ni suka makan daun… dan aku pernah tanya soalan merepek buat tinjauan ke atas beberapa orang kawan, di mana reaksi mereka adalah seperti berikut (A ialah aku):


A : Nak tanya sikit boleh?
B : Apa dia...?
A : Urm... ulat beluncas makan ape ek?
B : Ulat beluncas? Daun la...!
A : Daun je...? 
B : Ye la... dia kan herbivor, tak de chances untuk dia makan daging~


***

A : Ulat beluncas makan ape ek...?
C : Daun. 
A : (lagi…)


sekarang, cuba tengok video ni... apa pendapat korang?


Amacam? Tak semua ulat beluncas makan daun kan…? Jenis yang ni makan serangga… nak berkenalan dengan dia ni…?

Nama saintifiknya Eupethecia staurophragma (Hawaiian Caterpillar)... Sejenis ulat beluncas KARNIVOR...  Makan serangga, pun boleh makan siput... aneh kan...? Ulat beluncas species ni korang boleh jumpa kat negara HAWAII... Mereka2 ni pandai menyamarkan (camouflage) diri mereka mengikut persekitaran... seperti yang ada kat dalam video tu, dan senyap2 ulat beluncas itu pun... NGAP...!!!! mangsanya... 

Wednesday, 1 June 2011

TENSION JAWAB SOALAN SAMPAI....... APA NAK JADI NI!?



MEH SINI TENGOK JARI SIAPA LEBIH HEBAT!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Sebulan sudah aku bercuti... Tiga bulan lagi barulah semester baru mula... huhu~ Korang memang tak salah baca! Aku cuti EMPAT bulan... Sangat lama...

Rancangan cuti aku ialah nak mengajar adik aku (kira jadi cikgu la ni...) dan bantu parent aku dengan business mereka (ini satu kemestian!!!) dan urus rumah.

Selain tu, aku nak cari tempat untuk aku punya Latihan Industri (LI)... Aku mempunyai kesukaran untuk mencari tempat LI yang sesuai... Sebab parent aku agak tak setuju dengan tempat-tempat yang aku pilih...

Aku pun ada jugak terfikir nak buat SIEP (Student in Enterprenuership Programme)... Benda ni memang budak U aku semua kena buat... tapi aku tak cari tempat nak buat lagi... tapi, macam malas nak buat pun ada jugak... Banyak lagi benda yang aku nak buat... Aku nak buat semua yang hobi-hobi yang dah lama aku tinggalkan, aku nak tajamkan lagi kemahiran memandu aku (pasal aku sangat-sangat jarang bawa kereta lepas dapat lesen), aku nak main game puas-puas, aku nak tengok tv puas-puas, aku nak makan puas-puas (menternak lemak ke ni!?), dan banyak lagi!!!

Tapi, walaupun banyak yang telah aku rancang, MOOD yang tak datang pada aku membuatkan aku malas untuk buat semua tu dan membuatkan aku rasa bosan! Time-time bosan ni la baru aku rajinkan diri untuk merayau-rayau di internet...

Jadi, tengah-tengah bosan tadi aku merayau... dan merayau.... dan merayau lagi.... dan tiba-tiba aku jumpa... website ni...


lepas tu apa lagi... dengan penuh keyakinan... aku pun men-test kelajuan aku menaip... 

bagaimana menaip dengan pantas
gambar hiasan... dapat dari encik google...
dan hasil yang aku dapat ialah....



35 perkataan

aik??? 35 je ke...??? tapi rasanya kalau aku taip apa yang ada dalam fikiran ni mungkin lagi laju kot... huhu~


p/s: kepantasan menaip adalah penting pada masa kini... kalau tak, cam mana nak siapkan assignment yang berlambak-lambak tu dengan cepat, betul tak?